Monday 18 July 2011

Harimau Malaya vs The Red

Assalamualaikum All,

Sabtu lalu telah merempit bersama Mr. Hubby ke stadium Bukit Jalil menyaksikan perlawanan antara Harimau Malaya, MALAYSIA dan The RED, LIVERPOOL.

Mr. Hubby suggest pegi naik moto sebab xnak hadap jam yg sungguh kritikal kat stadium..sebelum nie kami pernah ke stadium naik keta, sejam setengah stuck kat dalam stadium sahaja..masa kami sampai dlm pukul 5.20 ptg , masih banyak lagi keta yg tersadai kat pintu luar stadium, dan yg paling haru lagi, guard dh x benarkan keta masuk parking kat dalam stadium sbb dh penuh bangat..

Masuk stadium, mak aih, ramai gilerrr..seat level 1 and level 2 mmg dh penuh..terpaksa lah kami menapak naik level 3, itu pun seat 3 dari atas br kami dapat duduk..so, kalau dh duk jauh tu player pun nampak cam semut jek..kira ok la sbb boleh nampak game tactically..

The funny one, supporter mmg ramai yg pakai jersi liverpool, boleh kira ngan jari lah yg pakai jersi Malaysia..tapi diorang tetap sokong dua2 team, bila Liverpool jaringkan gol diorang sorak, bila Malaysia jaringkan gol pun diorang sorak..Mr. Hubby jangan cakap lah..bila Malaysia jaringkan gol macam kena histeria, melompat2 sampai ade budak Cina snap gambar dia..Mr. Hubby penyokong MU, so xde lah dia sokong Liverpool tuh.

Kami tetap bangga ngan Malaysia walaupun kalah ngan Liverpool 3 - 6..lawan ngan kelab gergasi eropah tuh..ingat mudah ke..ape pun kita doakan Malaysia menang menentang Singapore minggu hadapan di Stadium Singapore.










walaupun berjersi Liverpool tapi mereka tetap menyokong Malaysia









Belakang kami tue family mat salleh, mereka juga menyokong team Malaysia. Salah seorang anak mereka berjersi Malaysia.

No comments:

Post a Comment