Friday 26 August 2011

Salam Eid ul fitr

Assalamualaikum,

Berpuasa pun sudah, bertarawikh pun sudah, menambah amal ibadat di bulan Ramadhan pun sudah, membeli baju raya pun sudah, menyiapkan biskut dan kerepek di hari raya pun sudah (beli aje)..ape lagi yea..haaaa..dah siapkan duit raya untuk saudara mara dan para tetamu? Bagi rakan2 yang belum tukar duit raya tue cepat2 la yea..bank dah banyak habis stok..

Di kesempatan ini, saya dan suami ingin memohon maaf jika ada tersalah bicara kepada semua rakan2 yang mengikuti blog yang tidak seberapa nak ado ini..salam aidulfitr untuk semua..bagi yang pulang ke kampung tue, berhati2 di jalan raya dan pastikan semua tingkap dan pintu locked betul2..yea la musim perayaan nie macam2 boleh berlaku..kalau boleh tong gas pun ditutup bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku..maklum lah nak tinggalkan rumah lama..bagi si lelaki pulak kalau tidak yakin dengan keselamatan motor anda, masukkan aje dalam rumah.. seperti suami saya lakukan setiap kali balik kampung dengan tempoh yang lama.

Bila time raya pulak, berpada2 lah menjamu selera..maklum lah kan sebulan berpuasa..musim raya nie lah nak balas dendam..makan macam2..petua dari saya, minumlah Bliss (minuman jus yogurt) untuk penghadaman anda..minum sebelum tido..gerenti esok hari perut lega sbb semua sisa pencernaan termuntah keluar.

Selamat Hari Raya..Maaf Zahir & Batin



Thursday 18 August 2011

DANG ANUM

Assalamualaikum,

Sempena cuti Nuzul Al-Quran mengambil kesempatan ke Mid Valley mencari kasut raye dan baju raya yang sehingga saat nie x berjumpa lagi..dari sebelum puasa lagi mencari tapi xde yang berkenan di hati..

Oleh kerana tahu federal pastinya sesak dan sudah tentu parking kat Mid akan penuh dek kunjungan orang2 bercuti macam saya, decide park keta kat ofis and naik cab jek..senang..pergi around 11 pagi, sampai sane memang betul tekaan, all parking zone full (red light)..lega naik cab

First ke Jusco carik baju raye kot2 ade yg cantik dan berkenan di hati, tapi hampa xde, smua yg jarang2 yg perlu pakai inner..x mahu..panas..kalau ade pun x ikut tema..

Then, terus proceed ke Metrojaya carik kasut pulak..alhamdulillah jumpa..grab one..sambil2 tue belek baju raye..dannn yang paling terkesima, ade baju kurung jenama Dang Anum..hikhik..baju tue khas untuk saye ke?..senyum sendiri kat depan baju tue..cantik memang cantik tapi cantik lagi harganya..rugi pulak x bawak kamera..

Haih..minggu nie kena pulun jugak carik baju..dah nak raye nie..tue la nak carik lagi yg readymade dan ikut tema. Nasib kau la Yanti..Usaha tangga kejayaan.

Adios.






Friday 12 August 2011

Larang Guna Pembesar Suara Baca Al-Quran Waktu Subuh

Assalamualaikum,

Rasanya dh lama x update blog..Tadi tengok Berita Utama TV3, sakitnya hati bila dengar berita Penang larang guna pembesar suara apabila mengalunkan ayat suci Al-Quran waktu Subuh di masjid..

Rasa sungguh marah dengan tindakan kerajaan Pulau Pinang..sangat sedih dan kasihan dengan hak orang Islam di Penang. Bukan ape takut nanti Malaysia jd mcm Singapore..orang Melayu menjadi kaum minoriti.

Kenapa mesti mengganggu hak orang Islam sedangkan umat Islam di dunia nie x pernah mengganggu agama lain..eh! Emosi pulak aku nie..ah! Pedulikan lah..I Love Islam.

"Selamat Berpuasa Dan Menunaikan Solat Tarawikh"

Monday 1 August 2011

RAMADHAN AL MUBARAK

Assalamualaikum,



Alhamdulillah, hari ini bermulalah ibadah puasa bagi seluruh umat Islam di Malaysia..sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, mohon ampun dan maaf jika ada salah silap daripada diri saya. Terimalah beberapa rangkap pantun sempena bulan puasa nie:

Makan ketupat dengan lodeh
Banyak santan berbuih-buih
Berbuka puasa jangan berlebih
Nanti tak larat pergi Terawih

Bila nak raya terasa suka
sukanya hati tidak terkira
usah mengumpat usah mengata
Puasa dibuat sia-sia belaka

Buat biskut berpeti-peti
Rasabya letih tidak terperi
Jangan reka bom sendiri
Tak menjadi yang hilang jari

Berhati-hati di jalan raya
Agar takde yang hilang nyawa
tak usah beradu siapa yang terrer
nanti dapat rumah bertiang dua

Balik kampung suka ria
Untuk bertemu sanak saudara
Berbelanja sampai tak ingat dunia
Lepas raya melopong di tangga

Bulan Ramadhan kita berpuasa
Syawal tiba kita beraya
Jangan membazir bila beraya
Banyak bersedekah ada baiknya

Habis duit pening kepala
Pasal raya siap sedia
Lepas raya bagai nak gila
Pajak gadai teman setia....

# Pantun dipetik daripada gengcerita.activeboard.com

Wokeh..Selamat Berbuka