Wednesday 29 June 2011

Israk & Mikraj@27 Rejab 1432

Hari ini 29hb Jun 2011 bersamaan 27 Rejab 1432, umat Islam di seluruh dunia meraikan Israk & Mikraj..ini bermakna kita juga sudah menghampiri bulan Ramadhan yang hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi..beberapa buah negeri di Malaysia turut mengisytiharkan  hari ini sebagai cuti umum iaitu Kedah, Negeri 9; dan Perlis.

Apa tue Israk & Mikraj?
Makna Israk & Mikraj nie saya petik daripada internet agar maksudnya tidak menyimpang dan terpesong..Israk' bermaksud perjalanan (rehlah) yang Allah s.w.t perlakukan kepada Nabi s.a.w secara terhormat, bermula dari Masjid al-Haram di Makkah sehingga ke masjid al-Aqsa, Baitul Maqdis di Palestin..Mikraj pula bermaksud kejadian yang berlaku rentetan daripada peristiwa Israk, iaitu naik dari al-Aqsa melepasi beberapa lapis langit yang tinggi sampai ke suatu peringkat yang tertinggi iaitu "Sidratul Muntaha" dimana ilmu dan akal makhluk Allah di dunia iaitu manusia & jin tidak mampu sampai ke sana.

Sejarah Perjalanan Israk Mikraj
Rasulullah SAW mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Malaikat Mika’il. Hati Baginda SAW disuci dengan air zamzam dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah SAW. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “kahtimin nubuwwah”. Selesai pembedahan itu, Rasulullah didatangi binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh baginda dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.
Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa (Peristiwa Israk')
Sepanjang perjalanan (Isra’) itu Rasulullah SAW ditemani oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah) Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan sembahyang sebanyak 2 rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah :

  1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
  2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa AS menerima wahyu daripada Allah.
  3. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa AS dilahirkan). Dalam perjalanan itu juga
Rasulullah SAW menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.

Naik ke Hadhratul Qudus Menemui Allah (Mikraj)
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah SAW dan Jibrail naik tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah). Rasulullah SAW melalui langit pertama sehingga langit kesepuluh.

Pengajaran penting yang dapat diambil iktibar daripada peristiwa Israk dan Mikraj
Menurut Syeikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi, menerusi peristiwa berkenaan, kita boleh fokuskan kepada dua perkara penting, pertama berhubung dengan Masjid al-Aqsa dan hubungan dengan Masjid al-Haram, kedua mengenai kewajipan solat yang diserahkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Persoalannya di sini, mengapa Allah tidak memperjalankan baginda terus ke langit ketujuh, tetapi singgah dahulu di Masjid al-Aqsa? Ini kerana Allah mahukan agar baginda bertemu dengan para anbiya terlebih dahulu bagi menyatakan sokongan padu mereka terhadap kerasulan Nabi Muhammad, di samping mahu baginda singgah di sebuah tempat yang penuh dengan keberkatan daripada Allah SWT seperti yang disebut dalam ayat pertama surah al-Israk. Kepimpinan baginda menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat di kalangan para anbiya, justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka, iaitu kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum atau bangsa tertentu, malah buat manusia sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum, bangsa yang menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta makhluk bernama manusia.

Hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu Muslim yang sayangkan agamanya. Ini kerana dari segi sejarah menunjukkan Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah kepada Masjid al-Haram hingga ke hari ini. Justeru adalah menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya di kalangan umat Islam membebaskan Masjid al-Aqsa dari cengkaman rejim Yahudi-Israel, kerana ia ada kaitan dengan persoalan akidah mereka. Pengajaran kedua terpenting menerusi peritiwa Israk dan Mikraj, ialah pelaksanaan ibadat solat lima waktu, ia merupakan mikraj (lif/tangga) seorang Muslim menghadap Tuhannya, kepentingan solat juga tidak dapat dipersoal oleh mana-mana individu Muslim, walau apapun jawatan dan kedudukannya dalam masyarakat. Apabila solat seseorang itu sempurna dengan Tuhannya, maka akan sempurnalah urusan hidupnya yang lain, hubungan roh seorang muslim itu sangat penting dengan Tuhannya, justeru ia ada kaitan dengan kedua-dua masjid yang disebutkan di atas. Apabila seseorang itu menunaikan solat dengan penuh khusuk dan tawaduk, dia seolah-olah sedang berkata-kata dengan Allah, ia terserlah ketika membaca al-Fatihah tujuh belas kali sehari semalam, untuk menyatakan munajat dan aduannya kepada Allah bagi memudahkan tugas dan peranannya untuk menyeru manusia ke jalan kebenaran.

Wallahua’lam.

Friday 24 June 2011

Murah! Murah!..Korea..I'm coming.

Last week my colleague went to Korea for study mission..wah!! bestnye..bila saya nk smpai nie..diorang pegi seminggu..bukan senang dapat peluang nie..alang2 dah ke sana apa lagi shopping brooch la..brooch Korea kan popular..cantik pulak tue..

sekarang musim bunga rose


Si kawan nie tunjuk la pictures yang sempat di snap sebagai kenangan dan tatapan kepada kawan2 yang masih menunggu turn untuk sampai ke sana..antara gambar yang menarik hati bila mereka di jemput makan di sebuah restoran..meja diorang rendah jek, duk atas bantal..tapi kat bawah meja tue ada lubang..so, bila duduk kaki kita akan masuk dalam lubang tue..seolah2 macam kita duk atas kerusi lah..boleh bayang x?..makanan yang dihidangkan pun semua seafood but halalan toyiban..nampak cam sedap jek..tapi memang sedap pun..yang diorang xboleh terima..hidangan course by course..early course semua lauk, last course baru nasi..sigh..perut dah penuh ngan lauk..hehe

masa untuk makan


last course..nasi..mmm..masing2 dh kenyang makan lauk

 selain tue..jangan x percaya..kat Korea pun ada kebab tau..halal lagi..boleh tampung perut sebab susah sangat nak cari halal food kat sini..

kedai kebab

 sebelum bertolak ke sana, saya awal2 lagi kirim dia beli brooch Korea tue..sebab dah tau mesti la cantik2 kan..tapi memang betullah..rambang mata kome nie melihat kedai brooch tue..penuh kedai..gila nengok eah..walaupun kawan saya nie lelaki, tapi pandai jugak dia pilih brooch2 tue..chantik2..smpai pening lalat nak pilih untuk diri sendiri..semua cantik2 lah..last2, pilih kaler yang xde lg dlm stock sediada..

rambang bijik mata nie..nasib baik bukan aku yang pegi

paling mengagumkan, kawan nie bercerita..nk cari kedai2 brooch tue susah gak..xtau mana pintu masuk..rupa2nya pintu dia kecik jek..mcm lorong..tapi bila masuk dlm bangunan tue barulah nampak banyak kedai2 kat dalam..masa dia baru nak sampai kat kedai brooch tue, tiba2 dia dengar ada orang laung, "murah! murah!.." pastu si kawan nie terpinga2 lah..sape pulak yang cakap melayu kat sini nih..carik kini kanan..rupa2nya tuan kedai brooch yang laung..eh! pandai cakap melayu yea..ini mesti ramai tourist dari Malaysia yang datang beli brooch kat sini..itulah penangan orang kita..sampai orang Korea pun boleh cakap melayu walaupun mungkin itu jea lah perkataan yang mampu diorang sebut..bangga tak..mesti la bangga..

pilih..pilih..

simpan duit nak pegi jugak..


p/s: gambar ihsan dari empunya badan En. Kimin, tima kasih yea kimin.

En. Kimin, http://hakiminzainoor.blogspot.com/

Monday 20 June 2011

Amat Burger & Jus Buah Gelas Besar

Minggu lepas DA ajak suami ke kedai Amat Burger & Jus Buah Gelas Besar..kalau kawan2 yang veteran macam DA mungkin pernah dengar kedai nie yang dulunya hanya gerai kecil tepi jalan, yang hanya terdapat beberapa buah meja sahaja..DA memang x pernah dengar la sebab bukan orang KL..mungkin kawan2 yang asalnya orang KL & Selangor pernah dengar dan pernah sampai..

Mengikut cerita suami DA, sepuluh tahun yang lalu die pernah sampai ke kedai nie ngan best friend die..itupun diorang kebetulan lalu jalan tue..almaklumlah, katanya baru dapat lesen keta..jadi panjang lah langkahnya..kedai nie terletak di Kg. Dato' Keramat, KL..sekarang Kedai Amat nie dah maju..dia dah bukak restoran..besarrr punye..yang best walaupun gelas besar, harganya hanya 2 hinggit sahaja..memang berbaloi..DA berani cakap air buah kat sini memang sedap..macam2 jenis air buah ada..sebut jea..kecuali buah yang ikut musim baru xde..

First time datang DA order air Pisang Coklat..airnya boleh tahan lah pada DA tapi suami DA cakap sedap..mungkin DA xbleh masuk ngan Pisang + Coklat tue..kami order jugak Keropok Lekor dan Burger..keropok lekor die memang sedap, garing..beli seringgit x cukup..menyesal..pastu nak balik tapau keropok lekor tue 2 inggit..bekal makan dalam keta..

2 minggu selepas tue kami datang sebab DA teringat2 keropok lekor yang sedap tue..tapi malangnya, kedai tutup..kami datang hari Ahad..maybe hari Ahad kedai tutup atau hari tue jea kedai tutup..seminggu selepas tue kami datang lagi..nasib baik bukak..kali nie DA order Jus Buah Naga and Char Kuew Tiow..suami DA order Jus Apple Coklat dan mee goreng..Jus Buah Naga memang terbaik..sedapp..Jus Apple tue DA tak tau..mungkin sedap jugak kot sebab suami minum sampai habis..mee goreng pun sedap walaupun nampak macam x cukup bahan (x sempat amik gambar sebab telah ditelan dengan rakusnya oleh suami)..Char Kuew Tiow pun sedap sesangat..licin la DA makan..makanan sampingan dah tentulah keropok lekor yang telah dihabiskan awal2 lagi..

Satu lagi kalau masuk ke kedai Amat nie, kawan2 boleh tengok macam2 gambar lama/klasik yang dikumpul sendiri oleh tuan punya kedai nie (Abg Amat)..setem dolu2..gambar2 P. Ramlee, Ketua Polis Negara dari yang pertama sehingga kini..macam2 la..yang lain DA x perasan sebab mata rabun..

Apa lagi kawan2, bawak lah famili makan kat sana..x rugi..berbaloi2..

Jus Buah Naga
Keropok Lekor

Thursday 16 June 2011

ARSENAL LIVERPOOL CHELSEA

Siapa pilihan anda?

Piala FA 2011 baru sahaja berakhir. Bagi menaikkan lagi semangat kesukanan bukan sahaja kepada pemain bola sepak Malaysia sendiri malah kepada peminat2 bola sepak di luar sana. FAM telah mengambil langkah bijak dengan mendedahkan pemain Malaysia dengan rentak bola sepak terkini dan antarabangsa. Tidak salah kan jika kita menjemput pemain antarabangsa terutama kelab2 gah eropah bagi memeriahkan lagi bola sepak Malaysia. Dengan itu FAM (Football Association Malaysia) telah mengatur jadual perlawanan antara MALAYSIA bertemu pasukan ARSENAL, LIVERPOOL dan CHELSEA.


MALAYSIA bertemu......


ARSENAL ASIA TOUR 2011 MALAYSIA

13th July 2011
Stadium Bukit Jalil
8.45 malam


LIVERPOOL ASIA TOUR 2011 MALAYSIA
16th July 2011
Stadium Bukit Jalil
5.45 petang


CHELSEA ASIA TOUR 2011 MALAYSIA

21th July 2011
Stadium Bukit Jalil
8.45 malam


Jangan lepaskan peluang anda untuk bertemu pasukan2 daripada kelab gergasi eropah di Malaysia. Sokong lah pasukan kita,  MALAYSIA!

p/s: cepat pegi beli tiket sebab dah almost sold out..yang tinggal tiket mahal..










Monday 13 June 2011

Editor Bernama.com meninggal dunia

Pada 12hb sehingga 14hb April 2011, MPC telah mengadakan Bengkel Penulisan Khusus yang dikelolakan oleh Persatuan Pustakawan..fasilitator yang dijemput merupakan editor daripada BERNAMA.com, En. Izham Shuhaimi Ahmad..peserta yang terlibat adalah pustakawan2 daripada beberapa Universiti, BNM,  NIOSH dan MPC sendiri.


Sepanjang bengkel ini, kami sangat mengagumi dan menghargai segala ilmu yang telah dicurahkan oleh arwah En. Izham. Sementelah, beliau telah berkecimpung di dalam bidang kewartawanan sudah lama..kami di ajar bagaimana menguasai perkataan, menyunting, mengolah petikan dan membuat analisis sesebuah berita dan rencana. Yang paling saya kagumi penguasaan beliau di dalam kedua-dua bahasa pengantar, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.


Sewaktu bengkel ini lagi En. Izham pernah memaklumkan kepada kami bahawa beliau tidak sihat kerana ada masalah di bahagian kerongkong. Beliau tidak boleh menelan makanan yang pejal..beliau cuma boleh menelan cecair yang dibekalkan oleh doktor dan minum air sahaja. Tetapi kerana tanggungjawab yang telah diberikan oleh organiser, beliau gagahkan diri untuk mengajar kami semua.


Sepanjang kelas beliau memang tidak membosankan..bila kami mula nampak lemau, beliau akan menyuruh kami membuat regangan otot untuk mengelakkan kami dari mengantuk..

Tidak disangka2, hari ini kami mendapat berita bahawa arwah telah meninggal dunia di Hospital Selayang jam 4.30 petang semalam..terkedu apabila menerima berita sedih tersebut..masih terngiang2 lagi suara beliau mengajar kami dan gelak ketawa beliau bila diusik oleh beberapa peserta..

Berikut merupakan keratan berita yang dipetik daripada http://www.malaysiakini.com

Editor Bernama.com, Izham Shuhaimi Ahmad, meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira 4.30 petang tadi akibat barah esofagus. Allahyarham berusia 56 tahun.

Kakak Allahyarham Hajah Mafuzah Ahmad berkata Allahyarham meninggal dunia setelah tiga bulan menghidapi sakit berkenaan.

"Pada awal April lepas baru Allahyarham tahu beliau mengidap penyakit itu," katanya ketika dihubungi
Bernama hari ini.

Menurutnya Allahyarham dimasukkan ke Hospital Selayang untuk menjalani rawatan Ahad lepas.


Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kediaman ibunya di No 23, Jalan 8, Taman Gombak dan akan dikebumikan sebelum solat Zohor esok.


Allahyarham yang berkelulusan ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kewartawanan) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Sarjana Sains Sukan dari UiTM dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Utara Malaysian (UUM) telah berkhidmat 30 tahun dengan Bernama.


- Bernama


Arwahyarham En. Izham Shuhaimi Ahmad





Arwah bersama beberapa peserta dan wakil BERNAMA
Aktiviti regangan otot
Jasamu akan kami kenang sampai bila2
Dalam kenangan


Untuk arwah, kami disini mendoakan arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan dicucuri rahmatNya. Al-Fatihah

Saturday 11 June 2011

Terengganu vs Kelantan

Malam nie pertembungan perlawanan bola sepak antara Terengganu dan Kelantan..siapa juara malam nie? dua2 team pun kuat..tunggu jea la..awal pagi dah nampak penyokong dua2 negeri kibar bendera masing2 kat tepi highway sekitar PJ dan Subang..menurut pengulas sukan astro ARENA, seawal pagi tadi dah ade penyokong dua2 negeri berkumpul di stadium Bukit Jalil utk menyaksikan perlawanan kedua2 pasukan walaupun game start 9.00 mlm..semangat bola sepak tueee.....penonton dua2 team jangan cakap lah..memang ramai giler..rasanya penuh la satu stadium tue..merah putih jea seat penonton..punya la ramai..

Rasanya dah lama Terengganu x ke final..tup2 tahun nie pecah padang..bertemu pulak ngan jiran sebelah..haii.. bila la turn Pahang pulak..10 minit pertama dah ade player Kelantan dilayangkan kad kuning..and, untuk separuh masa pertama dua2 team masih berbekalkan dengan seri 0 0..tapi yang paling terkilan, biasa lah..penonton..tadi, game terpaksa diberhentikan buat sementara sebab ada mercun dilemparkan ke padang..and then, satu lagi mercun dilemparkan betul2 di tiang gol pasukan Terengganu..so, pada pendapat anda panyokong manakah yang melemparkan mercun itu?..emmm..

hooooooo..utk minit ke 98, x disangka2 Terengganu telah membolos gol Kelantan..itu pun player Kelantan sendiri yang tertanduk bola ke gol sendiri..now, the result is Terengganu 1 Kelantan 1..penyokong Terengganu yg sebentar td putus asa..diam..kini dah mengaum kembali..

hoooooo sekali lagi, pada minit ke 110, Terengganu sekali lagi menjaringkan gol kedua..adakah Terengganu yang akan membawa pulang piala FA 2011?..suasana semakin tegang di luar padang..

Finally, yeayyyyyyyy...Terengganu juara Piala FA 2011..eh!..nape sokong Ganu yea..sebab die jiran kami..hehheh


p/s: handsome sungguh Kapten Terengganu tuh..cair..Marzuki Yusof all of time.

Friday 10 June 2011

Maharaja Lawak di Kuantan doh..

Minggu lepas Maharaja Lawak bersiaran di Penang..minggu nie Maharaja berangkat bersiaran di Kuantan..hehe..welcome to my hometown..kalau la balik kampung minggu nie, akan ku pujuk suami ku..ramai jugak penonton di Kuantan yg datang..tapi sebenarnya x boleh percaya jugak..hari nie hari jumaat..Terengganu cuti..mungkin orang Terengganu pun sampai..

First group perform kumpulan Jambu..minggu lepas pada hemat DA Jambu kurengg skit..diorang x serius..minggu nie macam best skit la..tue pun sebab kena tegur ngan Ahmad Idham minggu lepas..

DA sebenarnya peminat fanatic JOZAN..x sabar tunggu diorg perform..finally, minggu nie memang best giler..lawak x hengattt...memang superb lah..tapi satu jek..awat zizan pakai suar koyak kat peha..seksi beb..

Vote la JOZAN..diorg the best..hopefully, diorg juara Maharaja Lawak.

Sheilaaaa...dah 3cm!

DA ade seorang kawan yang tengah menunggu hari jek nak bersalin..due date supposed by next week..tapi perut dah memboyot besar..jalan pun dah macam tak larat..kami kawan2 yang risau tengok dia..orang kata kalau anak sulung nie biasanya bersalin awal seminggu dari due date yang doktor bagi..

semalam tengahari kami pakat kawan2 makan kat luar..tapi kena jalan kaki lah, sebab dekat ngan ofis jek..si kawan yang tengah memboyot nie pun nak joint jugak..

DA: "sheila larat ker nak jalan nie, kalau tak kita makan kat cafe jea.." 


Sheila: "takpe..shiela ok lagi, saje nak jalan2..shiela dah bukak 3cm (suara selamba).."


Kawan2 (3 serangkai): "hahhh!!!.."


Kawan 1: "sheila biar betul !..patut dah kena admit nie.."


Sheila: "takpe..pagi td pegi check-up..doktor bagi pegi kerja dulu..air ketuban sheila pun tak kuar lg..doktor suruh jalan2 dulu.."

Kawan 2: "aku dulu belum bukak lg dh kena admit sebab air dah kuar"..sheilaaa

Kawan 3: "sheila mesti bersalin esok nie..nanti roger kami tau kalau dah bersalin.."


Sheila: "hehe..harap2 esok la..esok hari jumaat.."


DA: "a'ah la..untung anak sheila lahir hari jumaat.."


sampai la nie kami tunggu call/msg dari husband sheila..malam tadi tengah2 tidur, tiba2 DA terkejut bunyi msg dari handphone DA..cpt2 bukak..ingat kan msg dari Sheila rupanya dari CELCOM..hampeh..tgh2 malam pun kau nk promote yea..kacau jea..

ape pun..kami kawan2 kat sini doakan Sheila and baby girl-to-be selamat and sihat..insyaallah..amin






Thursday 9 June 2011

Alangkah bahagianya time cuti sekolah..

Memandu kereta dengan penuh ketenangan dan lancar rasanya impian semua driver2 di Kuala Lumpur dan Lembah Klang..time cuti sekolah dan perayaan lah masa yg ditunggu2 oleh semua orang (mungkin) di KL dan Lembah Klang..sebab, pada musim nie x payah nak terkejar2 pegi keje..drive keta pun dengan penuh gumbira..no stuck no jam..takde la tiba2 muncul hero dan heroin kat jalan raya..maksud DA langgar undang2..dulu masa mula2 bawak keta memang skema giler..kalau dah amik lane tengah, lane tengah la sampai ke sudah..tue yang lambat sampai ofis..makin lama.. "ada aku kesah"!..tak kira..nak potong jugak..yg paling best bila dh mula berani masuk laluan kecemasan..suami pun tak percaya kita mampu masuk laluan tue..kadang2 kalau suami DA terpaksa anta pegi keja, DA suruh dia masuk laluan tue..gelabah jugak la die takut kena tahan ngan polis trafik..DA cakap, "semua orang pun buat"..

tapiii.. kalau bukan time cuti sekolah atau raya, hampeh..penat..awal subuh dah kena bangun..ade tue sebelum subuh dah kena brtolak dari rumah..sembahyang subuh pun kat ofis..masa stay kat Shah Alam dulu, 6.45 pagi dah gerak dr rumah..sampai ofis dlm around 7.40..pastu nk breakfast bagai..tapi ramai yg sampai ngam2 pukul 8.00 atau 7.55..itu baru nak pegi keje belum balik keje lagi..balik keje satu hal..lambat skit kuar hah! hadap lah jam kat federal..federal dah satu hal..nie yg baru kuar simpang ofis..dh berderet keta queue..lewat seminit dua minit siap..tanggung la kat atas jalan tue..belum masuk time hujan ngan bulan puasa lagi..kalau hujan semua dah gelabah..smua kuar awal..takut lambat sampai rumah..dari jauh macam semut tengok masing2 bukak lampu..time puasa pulak lagi lah menguji kesabaran, masing2 nak kejar balik awal..yea lah nak brkejar ke bazar ramadhan..nak masak memang x sempat la..kecuali yang rumah dekat atau naik motor..bila bulan puasa jam memang luar biasa..yang tak tahan bila pegi bazar..bukan setakat orang Islam jek..nie kau Chinese ke Indian..korang bukak puasa jugak eah..berebut2 pulak kita ngan diorang..tapi pikir positif la..masa bulan puasa nie la diorang boleh jumpa macam2 jenis makanan..

sekarang DA dh pindah PJ..memang heaven sangat..dh tak perlu terkejar2 nk pegi keje..time cuti sekolah nie, 7.20 baru kuar dari rumah..sampai ofis dlm 7.35..sempat breakfast n chit chat ngan kawan2..skang hidup dah tenang..by next week budak2 dah masuk sekolah balik, DA kena lah gerak dalam 7.10..baru sempat breakfast kat ofis..

ok..nie jek dapat share hari nie..

Tuesday 7 June 2011

Seronoknya bila berkumpul

dah lama DA tak update blog..sibuk sangat..tak sempat nak mengarang..last weekend family DA berkumpul kat kampung sebab kami buat kenduri aqiqah dan tahlil untuk arwah abah DA..kebetulan cuti sekolah jadi dapatlah kami berkumpul bersama2 terutama kakak DA yang duduk jauh nun di Kedah..bila musim cuti sekolah nie la dia dapat balik kampung sebab suami isteri cikgu..masa nie la DA dapat jumpa anak2 saudara yang cute miut..

bila bercerita pasal berkumpul satu keluarga memang menarik..dulu2 masa kita adik-beradik masih kanak2 selalu sangat gaduh kan..bertumbuk terajang perkara biasa..laki pompuan sama jek..dulu kalau kami brgaduh mak mesti cakap "lepas nie kita buat rumah dalam hutan, takde orang dengar rumah kita bising!"kalau kami adik beradik brgaduh mak je lah yang membebel, arwah abah cool jek..

tapi bila masing2 dah besar panjang kita semua dah susah nak jumpa..kalau jumpa pun time adik-beradik kawin atau hari raya..tue pun kalau time tue bukan turn balik rumah mertua..kalu turn balik rumah mertua dah tak jumpa..saat berkumpul adik-beradik  DA hargai sangat..duduk bersembang..gelak2..mengutuk..takde sape yang terasa..semua tue jadikan bahan gurauan..bagi mereka yang tinggal dekat dengan keluarga mungkin takde masalah tapi yang tinggal berjauhan ni lah yang selalu masalah..

tapi ade jugak family tue adik-beradik tak rapat..semua buat hal masing2..tak kisah..adik-beradik sihat ke, sakit ke, tertunggang terbalik tak heran..masing2 pentingkan diri sendiri..kalau ada yang buat kenduri, yang lain tak datang..so poor family yang macam nie

selagi kita masih hidup nie hargailah saat2 bersama keluarga..kita tak tahu umur kita sampai tahap mana..terutama kepada mereka yang masih ada mak dan ayah..selalu lah balik menjenguk mereka..walaupun kita dah kawin, mak dan ayah jangan kita lupa..waktu mereka tua ni lah kita kena selalu berada di samping mereka..

ok..rasanya ni je lah yang mampu DA tulis hari nie..DA tinggalkan kawan2 lagu daripada Kumpulan Hujan:

Pagi Yang Gelap

Lebih tua dariku
Harap sabar menunggu
Kepulanganmu ku tunggu

Bukan maksudku mendiam
Tiada niat menyimpan dendam
Hakikatnya rindu yang mendalam
Jalan ini kan membantu
Hari esok siapa yang tahu
Kata ibu dengar sahaja
Cerita hanya kita berdua

Chorus:
Pagi yang gelap
Kini sudah terang
Aku adikmu
Dan engkau abang
Ku amat merindui kamu
Pagi yang gelap
Kini sudah terang
Aku adikmu
Dan engkau abang
Inginku ulang ke masa dulu

Tak akan putus hubungan kita
Tarik nafas lega kerna aku tak apa-apa
Jalan ini kan membantu
Hari esok siapa yang tahu
Kata ibu dengar sahaja
Cerita hanya kita berdua