Tuesday 27 May 2014

Cameron trip-cum-6Anniversary

Assalamualaikum,

6 tahun yang lalu tanggal 25 Mei 2008, kami diikatkan sebagai suami isteri yang sah. Selama itu jugak la kami mengharungi suka duka kehidupan berumahtangga. Doa aku semoga Allah melindungi rumahtangga kami sehingga ke Jannah..dan semoga Allah murahkan rezeki kami sentiasa.

Pada sabtu lepas kami telah ke Cameron Highlands. Tak terfikir pun nak celebrate anniversary. Tapi memandangkan mak datang ke rumah sebab adik terpaksa ikut rombongan sekolah ke Cameron, jadi alang-alang baik ke sana jugak. Dah lama berniat di hati nak bawa mak jalan2 ke Cameron memandangkan dia x pernah jejak pun tanah Cameron, jadi ini masa terbaik bawak die ke sana. Gaji pun baru dapat, memang cantik lah utk bershoping sayur..haha

Pagi2 lepas breakfast terus pegi Al-Mashoor Strawberries. Bergayut-gayut buah anggur. Buah anggur ni x boleh petik.  Hari tue x boleh petik strawberry sebab masih muda dan sikit. Jadi kami terus pegi Red Strawberry yang pernah pegi sebelum ni.Sebenarnya Al-Mashoor ni ade farm. Tapi kami x jumpa kat mana.


Sayup mata memandang salad. Geram tengok. Hijau jea.

Carrot putih baru dipetik pagi tue. Gedabak2.

Mak geram tengok daun parsley. Dulu masa kami datang strawberry kat atas daun parsley tu boleh petik. Tapi hari tu x boleh sebab masih kecik. Dia suruh kami naik kebun lain kat atas. Panjat tangga pulak. Sian mak sakit lutut. Tapi sebab nak merasa petik strawberry gagahkan jugak kaki.

Tengok bahagian bawah ni. Berlambak2 buah besar2. Taktik jangan pandang atas jea. Pandang bawah jugak. Lagi banyak.

Ha..kutip..jangan x kutip. x cukup atas kita petik dari bawah pulak. Mak geram tengok.


Sedar x sedar penuh sebakul. Hampir sekilo.


Habis memetik strawberry, kami pegi ladang teh BOH pulak.

ladang teh BOH

Jangan lupa melawat kilang.

Lepas ke ladang teh BOH kami terus ke MARDI. Pusing2 jea sebab dah x cukup masa. Mak nak tengok MARDI cameron. Yea la dulu arwah abah kerja MARDI. Rugi pulak kitorang x pegi MARDI dulu. Rupa-rupanya kat MARDI lagi best. Macam2 ade. Ish, lain kali datang nak pegi MARDI dulu.

Lepas zohor kami gerak balik. Mak balik kuantan dengan adik. Kami keluar homestay kul 3 petang. Tu pun mintak permission tuan tanah kuar lewat skit. Nasib baik dia ok. Homestay memuaskan la. Dua2 bilik air ade air panas. Kalau x sejukkk. Ok, tu je la citer ke cameron. X banyak pun beli barang. Sebab dulu dah pernah beli macam2.




Thursday 8 May 2014

Susu Kambing WILDAN

Assalamualaikum,

Akibat dah lama terperam blog ni nak kena perah otak sikit tulis ape bagi hidup balik blog nie..dah lama sebenarnya nak share 1 produk nie..tapi selalu x sempat..saya nak share 1 produk yang saya dah consume hampir 3 bulan iaitu Wildan Susu Kambing..susu nie dalam bentuk tepung bukan fresh milk..jadi tahan lama..saya nie memang x boleh minum susu kambing..pening kepala..pernah try 1 produk nie..agak popular..boleh masuk tapi lepas tu pening..stop sampai lah susu WILDAN nie masuk iklan dalam wall FB saya..kebetulan owner/headquarters produk nie berjiran di rumah jadi senang lah nk beli..bila baca detail produk macam yakin..jadi, try lah..mana tau sesuai..sebab stated kat situ..x berbau hamis dan sesuai dari bayi berumur setahun hinggalah warga tua..makanan sunnah nie kita kena percaya..mungkin cara penyediaan dan kandungan dalam susu tu sesuai buat saya..

Susu nie ade 2 flavour..asli dan coklat..saya try asli dulu..harga sekotak RM45 sahaja..owner nie memang comel..soft jea muka..anak2 die comel2..gebu gebas macam anak orang putih..kita nie busybody skit tanya Wildan tue nama suami ke..die cakap x..sempena nama anak lelaki die yang selalu sambut saya kalau datang rumah beli susu..tapi x pernah pulak nampak suami die..sekarang dah kali kedua saya beli..susu nie memang elok..proses percernaan pon lebih sempurna..heheh..kalau minum sebelum tidur malam, memang lena lah sepanjang malam..kakak saya pernah cakap amal minum susu kambing dari awal kehamilan memang terbaik untuk IQ bayi dalam kandungan..kulit juga lebih cerah dan mulus..

Boleh visit FB Wildan Susu Kambing untuk tahu lebih lanjut



Kita minum duluuu!!!

Ok..sampai sini saje..iklan ini tidak berbayar..salam