Sunday 26 February 2012

Short Vacation

Assalamualaikum,

Jumaat lepas bercuti bersama-sama husband turun ke Kedah. Tujuan utama untuk menghadiri Majlis Perkahwinan colleague husband yang berkahwin dengan orang Sungai Petani pada hari Sabtu. Husband pun dah lama x datang Sungai Petani. So, ambik kesempatan ronda-ronda Sungai Petani tempat beliau belajar dulu di UiTM Merbok. Nak menggamit nostalgia lah tue.

Jumaat, kami tidur di rumah kakak aku di Kuala Nerang, Alor Setar. Rindu pulak kat anak buah. Mulut dah makin pandai berceloteh. Pengaruh TV pon kuat. Cara dia bercakap pon dah macam citer Kartun. Aku pulak yang pening kalau bercakap ngan dia. Betul2 ikut perangai ummi dia. Dulu, masa kecik2, mak aku cakap kakak aku hantu TV. Ok.. jadi dah tau ikut perangai sape.

Anak saudara yang dah makin lasak. Bakal dapat adik x lama lagi.

Saje jea ambik gambar angkat kaki sebelah. Time nie dah nak gerak ke Sungai Petani.

Lepas wedding kami terus check-in ke Hotel Cinta Sayang, Sungai Petani. Rest dulu sebelum ronda2 pekan Sungai Petani dan destinasi lain.

Check-in time

posing jap sebelum balik bilik. View kat sini cantik sangat sebab ade padang Golf. Rupanya kat dalam kawasan hotel nie pun ade rumah orang. Tapi exclusive la.

Terperanjat jugak bila tengok bilik macam nie. Ada 4 unit bilik untuk satu banglow nie.  Kami lucky dapat bilik yang ade ruang rehat depan tue.

Tak suka bila dapat single macam nie. Tersilap pilih bilik. Kertas bulat pada bantal merah tue sebenarnya Note Mesra Alam.


Hehe. Kami dapat bilik special nie. Hanya ada satu unit sahaja yang provide ruang rehat nie.

Must Try!

Enam petang kami ronda2 pekan SP dan terus ke UiTM Merbok. Mengikut perancangan, malam kami nak makan ikan bakar di Tanjung Dawai.

x lepaskan peluang bergambar depan kolej dia dulu masa study. Senyum simpul. 

singgah kejap di Air Terjun Tupah. Husband cakap kat sini port budak2  buat maksiat.  Sebab tue banyak signboard berunsur keagamaan kat sini. x turun ambik gambar kat bawah sebab ade pesanan kesihatan. bawah tue air sungai mengalir.

Masa on da way ke Tanjung Dawai, kami stop kejap kat sini tengok sunset. Cantik sangat. Tempat nie Tanjung Jaga, Yan.



Last, kami ke Restoran Ikan Bakar kat Tanjung Dawai. Ikan Bakar kat sini memang superb. Licin kami berdua makan. Sambal ikan bakar memang best. x sempat ambik gambar sebab dah lama sangat tunggu makanan sampai. Orang ramai sebab tue service lambat sikit. Datang sini kena cop tempat dulu tengok nombor meja baru order ikan bakar. Ikan memang fresh. Ada sotong, ketam, udang dan lala. Lain kali nak try kat Pantai Merdeka pulak. Insyaallah.

Ok. Peace.

Tuesday 21 February 2012

Majlis Ramah Mesra bersama Y. Bhg. Dato' Mukhriz Tun Mahathir

Assalamualaikum,

Semalam berlangsung Majlis Ramah Mesra bersama Y. Bhg. Dato' Mukhriz Mahathir di office. Rasanya semenjak beliau memegang jawatan penting di MITI, setiap tahun beliau akan melawat agensi-agensi MITI. Ok, xnak citer banyak. Lets the pictures speak..

Y. Bhg. Dato' Mukhriz Tun Mahathir

Lepaskan ikan Koi ke dalam kolam ikan baru

Mak Cik nie xkan miss bergambar ngan Mukhriz

Gossiping as always

Partner in crime

Partner in crime 2

Pantang nampak camera

GC Team
Peace!

Monday 13 February 2012

RM 50

Assalamualaikum,




Ada ape dengan RM 50? Pagi-pagi dah citer pasal duit. Duit tue kan penting walaupun ada yang kata duit x penting. Bagi aku duit penting, sebab mana2 pegi mesti perlukan duit. Kita mesti gabra kan kalau purse/wallet tertinggal. Reason lain dah tentu kerakyaratan kan. Nahas kalau tertinggal IC. Tapi sampai sekarang x paham, bila tertinggal IC mesti kita cakap, nanti polis ingat kau Mat Indon. Kenapa mesti Indon, sekarang dah macam2 bangsa kot datang Malaysia. Kenapa x Bangla ke..Nepal ke..Awang Hitam ke? Ape2 lah. Sebenarnya nak citer pasal kejadian pagi2 kat warung jual Nasi Lemak.

Pagi nie rasanya paling lambat kuar rumah pegi keje. Dah lah nak tapau breakfast lagi. Jalan pun dah macam masuk marathon. Husband pulak tertinggal kertas keje dalam keta. Salah aku jugak lupa nak bawak kuar. Padahal dia dah pesan. Lepas panaskan enjin x sampai seminit pun, cepat2 gerak pegi warung tue. Masa aku sampai ade 2 orang budak sekolah rendah tengah tunggu tapau. Sambil tunggu mak cik tue bungkuskan makanan diorang, aku ade terusha jugak duit kat tangan diorang. Budak sebelah aku pegang note RM 10. Kawan dia yang sorang lagi pegang note RM 50. Dalam pikiran aku, ala dik besarnya duit kau. Baru nak tukar duit 50.

Bila turn adik note 50 inggit tue, tiba2 mak cik tue sound. "Banyaknye duit kau. Mana kau ambik nie."Budak tue dah terdiam. Yang dia tau, dia nak cepat pegi sekolah. Dalam hati aku, alaaah..cepatlah mak cik. Nape nak persoalkan pulak duit budak tue. Lantak dia la nak bawak banyak mane pun..seratus ringgit ke. Dah duit mak bapak dia banyak. Aku dah lambat nih." kau curik ke? Jangan curik x baik. Tiba2 mak cik tue sound kat budak tue. Astagha. Ape lah mak cik nie. Ade ke  tuduh budak tue curik duit. Sian budak tue. X pasal2 kena tuduh mencuri. Tiba2 kawan dia sound mak cik tue, "duit die la mak cik..mak dia kasi beli makan." Mak cik tue reply "Hah, kau jangan mencurik..kalau xde duit mak cik boleh sedekah kat kau." Ok..tepuk dahi. Ade jugak orang macam nie. Mak cik nie kan, kalau aku nie mulut laser, nak jek aku sound dia balik. "Mak cik, x baik tuduh budak tue bukan2..mak ayah dia kaya, sebab tue dia boleh bagi anak dia 50 ingggit. Ataupun pagi2 nie mak dia xde duit kecik..tue jea la paling kecik." Mak cik boleh cepat sikit x, saya dah lambat." Huh!, makcik..makcik.

P/s: teringat masa sekolah rendah dulu. Mak bekalkan 30 sen jea pegi sekolah. 20 sen tambang bas pegi balik. 10 sen simpan. Tapi biasanya x sempat simpan sebab dah kena rembat ngan adik.

Peace!