Sunday, 17 July 2011

Chef Wan!! :)

Assalamualaikum All,

Pada hari rabu lepas, saya dan beberapa rakan ofis telah menyebokkan diri ke satu sesi ceramah di INTAN..bukan talk biasa2 tau tapi akan di sampaikan oleh chef yang x asing lagi kat Malaysia and the whole world pun kenal dia..sape lagi kalu bukan Chef Wannn..dari 2 minggu lepas lagi excited nak pegi..mesti best and of course it would be very funny talk for ever..

dari start lecture sampai habis x kering gusi kami dibuatnya..memang penuh auditorium sampai ade yg trpaksa berdiri kat belakang..nasib baik kami sampai awal..boleh la dengar dgn gumbiranya dan selesanya..macam2 diceritakan..dari dia kecil sampai skang..antara yang di sentuh adalah bab "menjadi diri sendiri"..itulah prinsip hidup dia..dia takkan berpura2..

Chef Wan nie rupanya x suka pakai blazer..masa sampai auditorium dia pakai blazer tp bila dia nk start lecture dia tanggal blazer tue..x suka katanya..rimas.."take out the bloody suit", sambil campak ala2 manja gitu kat atas kerusi..dia bercakap dari hati.."seumur hidup Wan x pernah baca buku leadership nie..xde maknanye..". Pesan Chef Wan lagi, "kita kena kuar cari duit, jangan duk atas kerusiiii jea memanjang, nanti punggung kau jadi lebar macam lori..".."saya xde company besar, saya cuma ada air liur basi nie jea ha, tapi engkau aku jadi million jugak.."..memang x dinafikan lah kan..prinsip dia mudah..jangan kedekut.."duit banyak pun kau nak buat ape..x payah nak bangga ngan duit banyak, x bawak ke mana pun.."..tapi memang betul la, katanya banyak yg kita sedekah, rezeki datang kat kita balik berganda-ganda..

Kalau nak tau Chef nie Singapore-born..masa tue ayah Chef Wan nie keje ngan Singapore Air Force..masa dia umur 3 tahun (kalu x silap dengar) ayahnya bertukar ke Malaysia Air Force..diorang stay kat Sungai Besi..hidup dia susah..gaji ayah dia waktu tue cuma RM 160 jek sebulan..so, mak dia ambil inisiatif jual kuih and nasi lemak kat dalam camp tue.Walaupun mak dia keturunan Cina, tapi mak dia belajar buat kuih melayu and nasi lemak daripada jiran2 sebelah..ada cerita di sebalik mak Chef Wan nie..oleh kerana mak dia Cina convert Islam, mak dia selalu jd umpatan jiran2..kata Chef Wan, sape kutuk mak dia memang siap la orang tue kena belasah..dari kecik mulut die memang dah becok..kalau kat sekolah tue hari2 kena denda..dalam kelas, corner mana dia x pernah kena denda berdiri, semua corner.. sebab mulut dia x renti2 bercakap dalam kelas even cikgu tgh mengajar kat depan..satu hari cikgu Bahasa Inggeris masuk kelas, dia tot tet tot tet macam biasa kat belakang, apalagi cikgu baling pemadam papan hijau kat dia..

Cikgu: Wan!!, berdiri kat sana!!


Kawan Sekelas: Teacher, kat situ dia dah pernah kena berdiri"..

Cikgu: Habis, kat mana dia x pernah kena berdiri"..


Kawan Sekelas: Semua tempat dia dah kena berdiri teacher"..


Cikgu: Kalau macam tue, kamu berdiri kat luar"..


Kata Chef Wan, corner mana dia x pernah kena denda, semua corner dia dah rasa.."tapi engkau, jangan main2..setiap kali exam, kalu x nombor 1, nombor 2, kalu x dapat dua2 nombor tue menangis.."


Chef Wan pernah bekerja sebagai akauntan di bank sebelum dia bergiat aktif sebagai Chef..selepas bercerai, dia melanjutkan pelajaran ke US dalam bidang masakan..14 tahun dia stay kat US..macam2 pengalaman di timba kat sana..

Inilah Chef Wan yang amat bangga dengan masakan Malaysia..x rugi datang dengar dia berceloteh. Ok sampai sini aje dapat tulis, kalau ikut sebijik2 dia brcakap panjang lah pulak kan.

Enjoyce..






Sesi bermula



No comments:

Post a Comment