Friday 29 July 2011

MALAYSIA vs SINGAPORE

Assalamualaikum,

Dah berakhir akhirnya perlawanan antara Malaysia dan Singapore malam semalam..Malaysia tumbang dengan keputusan seri 1 gol..tapi kita tetap kalah sebab Singapore dah sapu habis masa perlawanan di Singapore.

Tapi yang sedih lagi, sampai stadium kami x dapat tempat..bukan kami berdua jea..rasanya beratus/beribu kot yang x dapat tempat..akhirnya kami cuma dapat tengok dari celah dinding..memang x puas tengok perlawanan semalam..berkobar2 datang, akhirnya duk atas simen..bayangkan 2 jam kami berdiri nak tengok game..rasa x berbaloi bayar tiket 30 hinggit..

Untuk tatapan dan kenangan diri sendiri, nie ada 2 keping gambar yang sempat di snap masa game berlangsung..hampa..terkilan..huwaaaaa




Adios

Wednesday 27 July 2011

Karipap ala IKEA

Tetiba teringat karipap IKEA bila dh hampir ramadhan nie..nak pegi sana semata2 nk beli karipap seringgit sebijik tue x padan..sudahnya surf internet cari resepi karipap..nanti modified la taruk telur kat dalam..jadi bermulalah pengembaraan karipap ala IKEA :)

First, buat inti dolu. Dalam masa sama boleh la rebus telur dalam 3 atau 4 biji.

Bahan2:
Potong ubi kentang dalam bentuk dadu (saya guna 4 biji kentang gomuk2)
Daging ayam/daging lembu dipotong kecil2
4 biji bawang merah > ditumbuk
3 biji bawang putih, yg saiz kecil > ditumbuk
Halia (saya guna 2cm panjang) > ditumbuk
2 cawan santan
1 cawan air
2 sudu besar rempah kari daging

Caranya:
Panaskan minyak masak. Tumis bahan2 yang ditumbuk tadi hingga garing dan harum, then letak rempah kari. Kacau lagi sampai garing. Pastu letak la kentang td. Gaul biar sebati dan letak air..Biarkan sekejap. Bila dah nampak pekat bolehlah letak santan. Kacau sebati dan biar ia empuk. Bila agak2 kentang dah empuk boleh la tambah ngan daging ayam atau lembu. Kacau sampai masak dan pekat.




Second, buat doh pulak.
Bahan2:
1/2 kilo tepung gandum
2 sudu besar mentega (cairkan atas api dan biarkan sejuk)
Air dicampur sedikit garam halus (kalau suka kulit karipap ada rasa sedikit masin)

# Saya suka kulit karipap macam nie..x muak..tapi husband suka kulit karipap macam IKEA. Kena cari resepi kulit karipap yang lain.

Caranya:
Mentega tue cairkan awal2. Saya cairkan dulu sebelum buat inti, bagi ia sejuk. Masukkan tepung dalam bekas adunan. Gaulkan dengan mentega cair tadi. Gaul sampai sebati. Pastu masukkan air sikit2 agar adunan jadi doh yang cantik dan x lembik. Uli sampai jadi doh yang besar dan lepas tue boleh la buat doh kecik2. Dah siap.


Finally, canaikan doh yang cute mute nie untuk kita masukkan inti dan kelim (kalau pandai). Macam saya x pandai, jadi pakai acuan karipap. Masukkan inti karipap tadi dan hirisan telur yang telah direbus. Saya potong telur 8 bahagian. Kalu suka telur besar kat dalam perut karipap boleh lah potong enam ke atau empat.
Taraaaa...

 

Apa lagi jom goreng..



Selamat mencuba.

Monday 25 July 2011

Yummy! Moist Chocolate Cake versi Kukus

Assalamualaikum All,

Sempena hari minggu yang memang dinanti2kan, surf punye surf internet, terjumpa la resepi Moist Chocolate Cake versi kukus..rasanya last buat kek nie masa zaman bujang terang tang2 dolu..suka yg kukus sebab lebih lembab dan x muak walau makan banyak..

Disebabkan decision last minute dan husband pun teruja nak makan kek coklat buatan air tangan isteri sendiri dah hampir maghrib p cari bahan2..so, topping cake x la sesempurna mana disebabkan takde chocolate rise sebagai hiasan..tapi xpe la janji topping sedap dan ade rupa..hehe

sila abaikan topping kat tepi kek yg x rata tue sbb husband dh x sabar nak snap gambar


Sempena ada adik ipar kat rumah, semangat sikit la nak masak macam2 sebab ramai orang yang akan makan. Comment dari husband: sedap dan topping lagi sedap..nanti raya buat la lagi..so, boleh la try lagi guna resepi yang sama. Terima kasih la pada akak blogger kerana share resepi nie (dh lupa blogger mane sbb salin resepi kat kertas dan bukak macam2 blog)..

Adios..

Tuesday 19 July 2011

LANCOME ! What's In Store

Pagi2 lagi dh bukak FB..tup2 LANCOME post produk2 baru mereka yang terkini..LANCOME is my favourite beauty brand..dulu pernah dpt sample foundation..absolutely awesome..bila apply kat skin mmg skin tone jadi rata and x bercampuk..kalu x silap tahun lepas pernah ke KLCC ngan adik ipar..kebetulan LANCOME bukak booth..they offered free makeover for their new products..saya try lipstick jek tp adik ipar try foundation and mascara..bila dh di makeover mmg cantik la..skin tone sekata jek..kelemahan kat muka pun x nmpak.

And yesterday i got message from LANCOME..the message sounds "This is a limited complimentary eye makeover courtesy of Lancome. It is only valid at Parkson Pavilion Center Court, Level 2 in Kuala Lumpur, Malaysia. Once you have received your complimentary Lancome eye makeover, you will also receive an instant 4R size photo. This promotion is valid from 18th to 24th July, 2011"..so guys, if you're LANCOME user, don't miss out the chance to makeover your sexy eyes.

What's in right now at LANCOME counter?






Source: LANCOME Facebook

 Actually ade lagi product terkini tapi more to skin products..so, don't forget to grab one of them or all.

Enjoyce 

Monday 18 July 2011

Harimau Malaya vs The Red

Assalamualaikum All,

Sabtu lalu telah merempit bersama Mr. Hubby ke stadium Bukit Jalil menyaksikan perlawanan antara Harimau Malaya, MALAYSIA dan The RED, LIVERPOOL.

Mr. Hubby suggest pegi naik moto sebab xnak hadap jam yg sungguh kritikal kat stadium..sebelum nie kami pernah ke stadium naik keta, sejam setengah stuck kat dalam stadium sahaja..masa kami sampai dlm pukul 5.20 ptg , masih banyak lagi keta yg tersadai kat pintu luar stadium, dan yg paling haru lagi, guard dh x benarkan keta masuk parking kat dalam stadium sbb dh penuh bangat..

Masuk stadium, mak aih, ramai gilerrr..seat level 1 and level 2 mmg dh penuh..terpaksa lah kami menapak naik level 3, itu pun seat 3 dari atas br kami dapat duduk..so, kalau dh duk jauh tu player pun nampak cam semut jek..kira ok la sbb boleh nampak game tactically..

The funny one, supporter mmg ramai yg pakai jersi liverpool, boleh kira ngan jari lah yg pakai jersi Malaysia..tapi diorang tetap sokong dua2 team, bila Liverpool jaringkan gol diorang sorak, bila Malaysia jaringkan gol pun diorang sorak..Mr. Hubby jangan cakap lah..bila Malaysia jaringkan gol macam kena histeria, melompat2 sampai ade budak Cina snap gambar dia..Mr. Hubby penyokong MU, so xde lah dia sokong Liverpool tuh.

Kami tetap bangga ngan Malaysia walaupun kalah ngan Liverpool 3 - 6..lawan ngan kelab gergasi eropah tuh..ingat mudah ke..ape pun kita doakan Malaysia menang menentang Singapore minggu hadapan di Stadium Singapore.










walaupun berjersi Liverpool tapi mereka tetap menyokong Malaysia









Belakang kami tue family mat salleh, mereka juga menyokong team Malaysia. Salah seorang anak mereka berjersi Malaysia.

Sunday 17 July 2011

Chef Wan!! :)

Assalamualaikum All,

Pada hari rabu lepas, saya dan beberapa rakan ofis telah menyebokkan diri ke satu sesi ceramah di INTAN..bukan talk biasa2 tau tapi akan di sampaikan oleh chef yang x asing lagi kat Malaysia and the whole world pun kenal dia..sape lagi kalu bukan Chef Wannn..dari 2 minggu lepas lagi excited nak pegi..mesti best and of course it would be very funny talk for ever..

dari start lecture sampai habis x kering gusi kami dibuatnya..memang penuh auditorium sampai ade yg trpaksa berdiri kat belakang..nasib baik kami sampai awal..boleh la dengar dgn gumbiranya dan selesanya..macam2 diceritakan..dari dia kecil sampai skang..antara yang di sentuh adalah bab "menjadi diri sendiri"..itulah prinsip hidup dia..dia takkan berpura2..

Chef Wan nie rupanya x suka pakai blazer..masa sampai auditorium dia pakai blazer tp bila dia nk start lecture dia tanggal blazer tue..x suka katanya..rimas.."take out the bloody suit", sambil campak ala2 manja gitu kat atas kerusi..dia bercakap dari hati.."seumur hidup Wan x pernah baca buku leadership nie..xde maknanye..". Pesan Chef Wan lagi, "kita kena kuar cari duit, jangan duk atas kerusiiii jea memanjang, nanti punggung kau jadi lebar macam lori..".."saya xde company besar, saya cuma ada air liur basi nie jea ha, tapi engkau aku jadi million jugak.."..memang x dinafikan lah kan..prinsip dia mudah..jangan kedekut.."duit banyak pun kau nak buat ape..x payah nak bangga ngan duit banyak, x bawak ke mana pun.."..tapi memang betul la, katanya banyak yg kita sedekah, rezeki datang kat kita balik berganda-ganda..

Kalau nak tau Chef nie Singapore-born..masa tue ayah Chef Wan nie keje ngan Singapore Air Force..masa dia umur 3 tahun (kalu x silap dengar) ayahnya bertukar ke Malaysia Air Force..diorang stay kat Sungai Besi..hidup dia susah..gaji ayah dia waktu tue cuma RM 160 jek sebulan..so, mak dia ambil inisiatif jual kuih and nasi lemak kat dalam camp tue.Walaupun mak dia keturunan Cina, tapi mak dia belajar buat kuih melayu and nasi lemak daripada jiran2 sebelah..ada cerita di sebalik mak Chef Wan nie..oleh kerana mak dia Cina convert Islam, mak dia selalu jd umpatan jiran2..kata Chef Wan, sape kutuk mak dia memang siap la orang tue kena belasah..dari kecik mulut die memang dah becok..kalau kat sekolah tue hari2 kena denda..dalam kelas, corner mana dia x pernah kena denda berdiri, semua corner.. sebab mulut dia x renti2 bercakap dalam kelas even cikgu tgh mengajar kat depan..satu hari cikgu Bahasa Inggeris masuk kelas, dia tot tet tot tet macam biasa kat belakang, apalagi cikgu baling pemadam papan hijau kat dia..

Cikgu: Wan!!, berdiri kat sana!!


Kawan Sekelas: Teacher, kat situ dia dah pernah kena berdiri"..

Cikgu: Habis, kat mana dia x pernah kena berdiri"..


Kawan Sekelas: Semua tempat dia dah kena berdiri teacher"..


Cikgu: Kalau macam tue, kamu berdiri kat luar"..


Kata Chef Wan, corner mana dia x pernah kena denda, semua corner dia dah rasa.."tapi engkau, jangan main2..setiap kali exam, kalu x nombor 1, nombor 2, kalu x dapat dua2 nombor tue menangis.."


Chef Wan pernah bekerja sebagai akauntan di bank sebelum dia bergiat aktif sebagai Chef..selepas bercerai, dia melanjutkan pelajaran ke US dalam bidang masakan..14 tahun dia stay kat US..macam2 pengalaman di timba kat sana..

Inilah Chef Wan yang amat bangga dengan masakan Malaysia..x rugi datang dengar dia berceloteh. Ok sampai sini aje dapat tulis, kalau ikut sebijik2 dia brcakap panjang lah pulak kan.

Enjoyce..






Sesi bermula



Friday 15 July 2011

Does it cool?

Assalamualaikum All,

Hari nie nak brcerita pasal my passion now..currently, i really really love maxi dress and jacket/cardigan..it looks so cool..as a muslim, tiada halangan untuk kita berfesyen kan as long as we cover what we should cover..

And, bermulalah penjelajahan trendz or hijabi style through internet..ada beberapa website yg sungguh menarik hati and we can learn something from there..how to mix and match our cloth and how we present it..antara website yg paling saya sukka sekali, lookbook.nu and  http://www.hijabstyle.co.uk/..banyak sgt info2 yang berguna untuk pencinta2 fesyen di luar sana..

Saya bukanlah fanatic sgt ngan fesyen2 terkini, tapi lebih suka mengaplikasikan trends tersebut mengikut kesesuaian and keselesaan, and one more thing, husband suka and izinkan..yea lah kalu kita jek suka tapi husband cakap x boleh, so kena menurut perintah lah..nanti berdosa pulekkk..

Below some fashion tips or styles that we can follow or create in our own style.








Image: Style.com

Image: Style.com


sungguh terpikat

so, ape lagi..pasni balik belek2 la kat dalam gerobok baju tue mana la tau ade yg boleh disuaipadan..and, kalu belum ade lagi boleh la pegi menyopping..ala xyah pegi kedai mahal2 pun. Kat uptown/downtown tue pun brlamabak yg cantik2 mcm dlm blog..harga pun berpatutan..yg penting tengok kualiti kain agar selesa ngan kita..x gitue.

Ok guys..selamat mencuba..

Enjoyce..

Saturday 9 July 2011

What??????

Assalamualaikum All,

Today I want to talk about BERSIH..ops!!..no!..about my Mr. Hubby..

Disebabkan BERSIH puny hal, hari nie ramai yang patah kaki for outing or going to event/kenduri..like me..hari nie ada jemputan di Shah Alam..I have to go even this is her sister's wedding..

Butttt, Mr. Hubby dah mula worried roadblocks merata2..and, our communication sounds like this:

Mr. Hubby: "Macam mana nak pegi nih? roadblocks..mesti jam teruk punye.."

Me: "Alah..kat Shah Alam, mane ada roadblocks..kan kat area KL jekkk.."

Mr. Hubby: "Pandai!..smalam abg balik jam tau sebelum tol..kita nak pegi ok, tapi nak balik teruk tau.."

Me: "Alahhh..kita kena pegi jugak tau, dulu dia datang kenduri kita, kenduri dia kita x datang.."

Mr. Hubby: "Address ade?..umah dia kat mane?"

Me: "Ade..ade dalam handbag..umah dia kat Kg. Jawa.."

Mr. Hubby: "Ok..kalau macam tue kita naik KTM jea lah (dengan muka selamba).."

Me: "WHATTTT!!!!!

Cuba anda semua bayangkan dengan baju ala2 mak datin gitu..high heel lagi..mekap ngalahkan Kris Dayanti lagi (sebenarnya x pun) naik KTM nak p kenduri kawin..no..no..no..mungkin ade orang x kisah..tapi saya kisahhh..just imagine..naik KTM and stop anywhere..pastu sape pulak nak datang pick up..ok..naiklah teksi..oh! no again..you know what i mean..

But, I'll make sure kami pegi sendiri dengan kenderaan yang ada..

Ok..that's all for today.

Assalamualaikum..x jawab berdosa..jawab sayanggg (copy from Anwar Hadi's Vlog)..hehe

Tuesday 5 July 2011

Setelah 3 Tahun Bersama, Akhirnya Berpisah Jua :(

Assalamualaikum All,

Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan dh turun dengan lebatnya di tengahari..ku sangkakan kau setia denganku hingga ke akhir hayat rupanya kau telah planning utk meninggalkan aku di sini..uwaaaaa..kau kejammmm...

Tiada lagi warna2 kehidupan yang menceriakan, tiada lagi riang-ria dan gelak tawa kita berdua..aku seperti primadona yang dalam kesengsaraan dihimpit liku2 kehidupan yg pahit..tiada lagi pengembaraan oasis..semuanya tiada lagi..Eeeeeeee!!!!!

Sampai hati sayang kau tinggalkan aku..pedih menyucuk2..

 :(

:(

:(

:(

:(
ASTRO..aku terpaksa melepaskan kau..kau sekarang dh mula nk jual mahal yek!..aku nk yg jual murah jek..amik kau..suamiku dh tamatkan riwayat kau..

Dimana ku nk carik ganti..di mana kau ASTRO Warna..ke mana kau menghilang ASTRO Ria..siapa lagi ku nak mencari ganti ASTRO Prima..oh! ASTRO Oasis ku..kau telah buat aku menderita Chanel E! (no more Keeping Up With The Kardashians)..i can't meet ur again Giuliana & Bill..

Ahhhhhh!!!

"Kenang daku dalam mimpimu"..