Tuesday 3 January 2012

Ustaz pun pandai main Gitar

Assalamualaikum,

Tahun baru dh bermula..pejam celik..pejam celik dah 2012..sekejap je masa berlalu.

Pada malam tahun baru yang lepas, dianjurkan satu countdown 2012 di dataran Shah Alam. Zizan Raja Lawak ditugaskan sebagai emcee pada malam tersebut. Countdown nie bukan macam countdown biasa kat Dataran Merdeka tue tetapi menjurus kepada bentuk keagamaan. Yg. Bhg. Ustaz Azhar Idrus dijemput sebagai penceramah jemputan pada malam tersebut.

Bagi yang mengenali Ustaz AI, ceramah beliau memang menarik..kelakar..tapi berisi. Oleh kerana Ustaz AI berasal dari Terengganu dan si Zizan pun dari Terengganu, maka ceramah tue dh macam kat Ganu. Bagi mereka yang biasa dengan loghat Terengganu mesti faham ape yang mereka cakap tapi kalau yang tak biasa, ternganga2 dengar. Macam suami saye. Oleh itu, saye translate la sikit2 ape yang Zizan dan Ustaz tue seloroh.

Malam tadi suami cari "countdown" tersebut di dalam Youtube..alhamdulillah jumpe. Sebab malam tue x dpt pegi sebab suami kena standby sampai Ahad pagi..Yang mengagumkan kami suami isteri, ustaz rupanya pandai main gitar..cayalah..suami pun mcm x percaya..tapi itu lah kebenarannya. Ustaz AI pandai main gitar. X percaya tengoklah dalam Youtube.



Peace!

No comments:

Post a Comment