Wednesday 18 January 2012

17.01.2012

Assalamualaikum,

Happy Birthday Yanti! Dah tua kamu. Mood semalam: DOWN

Semalam, pagi2 keluar pegi keje seperti biasa tapi kali nie hati bercampur-baur, happy..sedih..hampa..terkilan..sebab, masa cium tangan suami dia x wish birthday isteri dia nie. Dalam hati, orang nie lupa ke atau dia memang xnak wish. Sampai hati x ingat birthday isteri dia nie. Keluar rumah hampa sangat. Perasaan tue terbawa2 sepanjang jalan. Drive pun dah x fokus.

So, terjadilah episod yang x akan dilupakan sepanjang zaman. BOOMMM! Sampai satu simpang, kereta ku sudah mencium itu keta di depan. Macam mana boleh x perasan keta di depan nie belum bergerak lagi. Aku pulak, rasa2 keta yang datang dari sebelah kanan macam jauh lagi, itu yang confident bergerak ke depan. Dengan penuh confident terus tekan minyak sambil pandang sebelah kanan dan x tengok sebelah depan. Haih!

Nasib baik keta depan tue x rosak teruk. Cuma cover lampu belakang pecah sikit. Keta aku xde ape2 cuma sedikit scratch depan sebelah kiri dan pintu passenger sebelah driver x boleh bukak. Oleh kerana memang salah aku, bayar ganti rugi kat owner tue sikit. Hopefully, dia dah x mintak ape2 lagi sebab rosak x teruk.

Yang paling teruk adalah hati aku nie yang dah hancur luluh. Cuak jangan kata la. Yea la, nasib baik keta owner tu keta lama, kalau yang aku langgar tue HONDA Accord, x pitam aku dibuatnya. Sambil deal ngan owner, terus call husband. Terkejut jugak la dia, tiba2 pagi2 bini call langgar keta orang. Aku tau dia tengah syok tido lagi sebab minggu nie dia masuk pukul 11 pagi. Sian Abang. Sambil tunggu husband sampai, aku settle mana yang patut ngan owner tue and dia terus gerak pegi keje kat Sunway. Aku start keta balik and pegi ke tepi bus stop supaya x ganggu lalu lintas kat situ. Dah la orang sibuk nak pegi keje. Buat marah orang jek.

Aku tunggu kat bus stop dengan hati yang masih cuak lagi. Dan, dari jauh aku nampak kelibat suami datang ngan moto. Sampai kat bus stop, dia tengok aku dulu (sayang jugak awak kat bini awak nie, kalau dia belek keta dulu memang aku tinggal kau kat situ ngan keta tue. pandai2 la bawak balik)  

Suami: Sayang ok ke? (sambil belek2 kat badan aku kot2 akan ade kecacatan yang x boleh dimaafkan, terutama di muka..hehe)

Aku: Ok


Suami: Orang tue mane? Keta dia macam mane? (sambil belek keta tengok mane2 yang dah pecah/tercalar)


Aku: Sikit je. Cover lampu belakang dia pecah. Sayang dah bagi die saratus. Keta kita calar sikit kat depan (mata aku dah mula bergenang bila pandang suami). Abang la nie x ingat birthday.

Suami: Hah! hari nie berapa haribulan? Birthday sayang ke hari nie? (muka cuak dan serba salah)

Aku: Yea la..hari nie kan 17 haribulan..x ingat pun. (air mata dah x boleh ditahan2 lagi. Aku dah x kisah dah keta yang lalu lalang..lantak lah orang nampak)

Suami: xpe la..sikit jea..(sambil usap2 bahu aku)

Aku: sikit ape..tue pintu x boleh bukak (kami sama2 gelak, sambil suami cuba bukak pintu belah pessenger tue)

 Suami: nak balik rumah? Kita pegi sarapan dulu pastu terus balik umah..sayang ambik EL jea la..sayang rest..nanti abang hantar keta kat workshop..repair pintu dulu.

Aku: Ok..


Oleh kerana sekarang dah nak mula cuti raye cina, maybe keta lambat siap atau workshop dah x ambik. So, suami decide hantar lepas Raya Cina sebab nak repaint the whole body. Bekas scratch yang aku buat dulu pun x repair lagi. Alang2, buat satu body terus.


Ape pun, tima kasih yea abang belikan kek span mangga yang sedap dan comel. Hati saya sudah terubat.


Lilin cuma satu menandakan angka di depan SATU..hehe




3 comments:

  1. happy belated yanti..patut la x nmpak ari tu..mmg x nmpak pun sbb dah pindah tmpat.heheh.
    cerite ni tacink la pulak.hahah.
    ada hikmah kejadian tu..mn la tau sbb eksiden ni abg tu beli kete baru ke
    hahaha

    ReplyDelete
  2. hahaha..yea, kete baru..sungguh banyak duit suami saya..hai..alangkah gumbiranya kalau dpt kete baru..koman2 pun HONDA Civic Type R..kalu dtg HQ aku parking kat sebelah kete kau..kui3

    ReplyDelete
  3. aku x bawa kete ke opis
    sekian

    ReplyDelete