Monday 13 June 2011

Editor Bernama.com meninggal dunia

Pada 12hb sehingga 14hb April 2011, MPC telah mengadakan Bengkel Penulisan Khusus yang dikelolakan oleh Persatuan Pustakawan..fasilitator yang dijemput merupakan editor daripada BERNAMA.com, En. Izham Shuhaimi Ahmad..peserta yang terlibat adalah pustakawan2 daripada beberapa Universiti, BNM,  NIOSH dan MPC sendiri.


Sepanjang bengkel ini, kami sangat mengagumi dan menghargai segala ilmu yang telah dicurahkan oleh arwah En. Izham. Sementelah, beliau telah berkecimpung di dalam bidang kewartawanan sudah lama..kami di ajar bagaimana menguasai perkataan, menyunting, mengolah petikan dan membuat analisis sesebuah berita dan rencana. Yang paling saya kagumi penguasaan beliau di dalam kedua-dua bahasa pengantar, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.


Sewaktu bengkel ini lagi En. Izham pernah memaklumkan kepada kami bahawa beliau tidak sihat kerana ada masalah di bahagian kerongkong. Beliau tidak boleh menelan makanan yang pejal..beliau cuma boleh menelan cecair yang dibekalkan oleh doktor dan minum air sahaja. Tetapi kerana tanggungjawab yang telah diberikan oleh organiser, beliau gagahkan diri untuk mengajar kami semua.


Sepanjang kelas beliau memang tidak membosankan..bila kami mula nampak lemau, beliau akan menyuruh kami membuat regangan otot untuk mengelakkan kami dari mengantuk..

Tidak disangka2, hari ini kami mendapat berita bahawa arwah telah meninggal dunia di Hospital Selayang jam 4.30 petang semalam..terkedu apabila menerima berita sedih tersebut..masih terngiang2 lagi suara beliau mengajar kami dan gelak ketawa beliau bila diusik oleh beberapa peserta..

Berikut merupakan keratan berita yang dipetik daripada http://www.malaysiakini.com

Editor Bernama.com, Izham Shuhaimi Ahmad, meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira 4.30 petang tadi akibat barah esofagus. Allahyarham berusia 56 tahun.

Kakak Allahyarham Hajah Mafuzah Ahmad berkata Allahyarham meninggal dunia setelah tiga bulan menghidapi sakit berkenaan.

"Pada awal April lepas baru Allahyarham tahu beliau mengidap penyakit itu," katanya ketika dihubungi
Bernama hari ini.

Menurutnya Allahyarham dimasukkan ke Hospital Selayang untuk menjalani rawatan Ahad lepas.


Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kediaman ibunya di No 23, Jalan 8, Taman Gombak dan akan dikebumikan sebelum solat Zohor esok.


Allahyarham yang berkelulusan ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kewartawanan) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Sarjana Sains Sukan dari UiTM dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Utara Malaysian (UUM) telah berkhidmat 30 tahun dengan Bernama.


- Bernama


Arwahyarham En. Izham Shuhaimi Ahmad





Arwah bersama beberapa peserta dan wakil BERNAMA
Aktiviti regangan otot
Jasamu akan kami kenang sampai bila2
Dalam kenangan


Untuk arwah, kami disini mendoakan arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan dicucuri rahmatNya. Al-Fatihah

2 comments:

  1. Innalillahirajiuun. Semoga rohnya bersama-sama org beriman dan Allah SWT memberi ketabahan kepada keluarga nya. Ameen

    Shahruddin Shafri
    PTSL, UKM

    ReplyDelete
  2. Inalillahi wainailaihi rajiun buat arwah pak ngah saya . Sakit dia lambat detect oleh doktor dan lambat menerima rawatan kanser

    ReplyDelete