Monday 20 June 2011

Amat Burger & Jus Buah Gelas Besar

Minggu lepas DA ajak suami ke kedai Amat Burger & Jus Buah Gelas Besar..kalau kawan2 yang veteran macam DA mungkin pernah dengar kedai nie yang dulunya hanya gerai kecil tepi jalan, yang hanya terdapat beberapa buah meja sahaja..DA memang x pernah dengar la sebab bukan orang KL..mungkin kawan2 yang asalnya orang KL & Selangor pernah dengar dan pernah sampai..

Mengikut cerita suami DA, sepuluh tahun yang lalu die pernah sampai ke kedai nie ngan best friend die..itupun diorang kebetulan lalu jalan tue..almaklumlah, katanya baru dapat lesen keta..jadi panjang lah langkahnya..kedai nie terletak di Kg. Dato' Keramat, KL..sekarang Kedai Amat nie dah maju..dia dah bukak restoran..besarrr punye..yang best walaupun gelas besar, harganya hanya 2 hinggit sahaja..memang berbaloi..DA berani cakap air buah kat sini memang sedap..macam2 jenis air buah ada..sebut jea..kecuali buah yang ikut musim baru xde..

First time datang DA order air Pisang Coklat..airnya boleh tahan lah pada DA tapi suami DA cakap sedap..mungkin DA xbleh masuk ngan Pisang + Coklat tue..kami order jugak Keropok Lekor dan Burger..keropok lekor die memang sedap, garing..beli seringgit x cukup..menyesal..pastu nak balik tapau keropok lekor tue 2 inggit..bekal makan dalam keta..

2 minggu selepas tue kami datang sebab DA teringat2 keropok lekor yang sedap tue..tapi malangnya, kedai tutup..kami datang hari Ahad..maybe hari Ahad kedai tutup atau hari tue jea kedai tutup..seminggu selepas tue kami datang lagi..nasib baik bukak..kali nie DA order Jus Buah Naga and Char Kuew Tiow..suami DA order Jus Apple Coklat dan mee goreng..Jus Buah Naga memang terbaik..sedapp..Jus Apple tue DA tak tau..mungkin sedap jugak kot sebab suami minum sampai habis..mee goreng pun sedap walaupun nampak macam x cukup bahan (x sempat amik gambar sebab telah ditelan dengan rakusnya oleh suami)..Char Kuew Tiow pun sedap sesangat..licin la DA makan..makanan sampingan dah tentulah keropok lekor yang telah dihabiskan awal2 lagi..

Satu lagi kalau masuk ke kedai Amat nie, kawan2 boleh tengok macam2 gambar lama/klasik yang dikumpul sendiri oleh tuan punya kedai nie (Abg Amat)..setem dolu2..gambar2 P. Ramlee, Ketua Polis Negara dari yang pertama sehingga kini..macam2 la..yang lain DA x perasan sebab mata rabun..

Apa lagi kawan2, bawak lah famili makan kat sana..x rugi..berbaloi2..

Jus Buah Naga
Keropok Lekor

No comments:

Post a Comment