Sunday 26 February 2012

Short Vacation

Assalamualaikum,

Jumaat lepas bercuti bersama-sama husband turun ke Kedah. Tujuan utama untuk menghadiri Majlis Perkahwinan colleague husband yang berkahwin dengan orang Sungai Petani pada hari Sabtu. Husband pun dah lama x datang Sungai Petani. So, ambik kesempatan ronda-ronda Sungai Petani tempat beliau belajar dulu di UiTM Merbok. Nak menggamit nostalgia lah tue.

Jumaat, kami tidur di rumah kakak aku di Kuala Nerang, Alor Setar. Rindu pulak kat anak buah. Mulut dah makin pandai berceloteh. Pengaruh TV pon kuat. Cara dia bercakap pon dah macam citer Kartun. Aku pulak yang pening kalau bercakap ngan dia. Betul2 ikut perangai ummi dia. Dulu, masa kecik2, mak aku cakap kakak aku hantu TV. Ok.. jadi dah tau ikut perangai sape.

Anak saudara yang dah makin lasak. Bakal dapat adik x lama lagi.

Saje jea ambik gambar angkat kaki sebelah. Time nie dah nak gerak ke Sungai Petani.

Lepas wedding kami terus check-in ke Hotel Cinta Sayang, Sungai Petani. Rest dulu sebelum ronda2 pekan Sungai Petani dan destinasi lain.

Check-in time

posing jap sebelum balik bilik. View kat sini cantik sangat sebab ade padang Golf. Rupanya kat dalam kawasan hotel nie pun ade rumah orang. Tapi exclusive la.

Terperanjat jugak bila tengok bilik macam nie. Ada 4 unit bilik untuk satu banglow nie.  Kami lucky dapat bilik yang ade ruang rehat depan tue.

Tak suka bila dapat single macam nie. Tersilap pilih bilik. Kertas bulat pada bantal merah tue sebenarnya Note Mesra Alam.


Hehe. Kami dapat bilik special nie. Hanya ada satu unit sahaja yang provide ruang rehat nie.

Must Try!

Enam petang kami ronda2 pekan SP dan terus ke UiTM Merbok. Mengikut perancangan, malam kami nak makan ikan bakar di Tanjung Dawai.

x lepaskan peluang bergambar depan kolej dia dulu masa study. Senyum simpul. 

singgah kejap di Air Terjun Tupah. Husband cakap kat sini port budak2  buat maksiat.  Sebab tue banyak signboard berunsur keagamaan kat sini. x turun ambik gambar kat bawah sebab ade pesanan kesihatan. bawah tue air sungai mengalir.

Masa on da way ke Tanjung Dawai, kami stop kejap kat sini tengok sunset. Cantik sangat. Tempat nie Tanjung Jaga, Yan.



Last, kami ke Restoran Ikan Bakar kat Tanjung Dawai. Ikan Bakar kat sini memang superb. Licin kami berdua makan. Sambal ikan bakar memang best. x sempat ambik gambar sebab dah lama sangat tunggu makanan sampai. Orang ramai sebab tue service lambat sikit. Datang sini kena cop tempat dulu tengok nombor meja baru order ikan bakar. Ikan memang fresh. Ada sotong, ketam, udang dan lala. Lain kali nak try kat Pantai Merdeka pulak. Insyaallah.

Ok. Peace.

1 comment: