Thursday 8 March 2012

Hari Wanita Sedunia 2012




Assalamualaikum,




Nak wish Selamat Hari Wanita (International Woman's Day) kepada semua reader wanita dan jugak wanita di seluruh dunia. Setiap 8 Mac, wanita di seluruh dunia akan meraikan hari istimewa ini. So, kepada para isteri mintak lah cik abang do something special pada hari ini. Ada sejarah di sebalik sambutan Hari Wanita nie;



Sambutan Hari Wanita ini diraikan di peringkat Antarabangsa sebagai simbolik kepada kejayaan wanita di seluruh dunia yang berjuang untuk mendapatkan persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan dalam kehidupan mereka. 
Sejarah ini bermula pada 8 Mac 1857, iaitu 143 tahun yang lalu apabila satu mogok besar-besaran telah dilakukan oleh beratus wanita yang menjadi buruh di kilang kain dan pakaian di New York. Mereka melancarkan mogok kerana menentang kezaliman majikan dan masyarakat kapitalis yang mengeksploitasi dengan bayaran gaji yang rendah dan tempoh bekerja yang lama serta keadaan tempat kerja yang tidak selesa.
Kepada kawan2 wanita, buktikan anda mampu berdiri bersama-sama kaum adam.

Peace!

No comments:

Post a Comment