Monday 1 August 2011

RAMADHAN AL MUBARAK

Assalamualaikum,



Alhamdulillah, hari ini bermulalah ibadah puasa bagi seluruh umat Islam di Malaysia..sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, mohon ampun dan maaf jika ada salah silap daripada diri saya. Terimalah beberapa rangkap pantun sempena bulan puasa nie:

Makan ketupat dengan lodeh
Banyak santan berbuih-buih
Berbuka puasa jangan berlebih
Nanti tak larat pergi Terawih

Bila nak raya terasa suka
sukanya hati tidak terkira
usah mengumpat usah mengata
Puasa dibuat sia-sia belaka

Buat biskut berpeti-peti
Rasabya letih tidak terperi
Jangan reka bom sendiri
Tak menjadi yang hilang jari

Berhati-hati di jalan raya
Agar takde yang hilang nyawa
tak usah beradu siapa yang terrer
nanti dapat rumah bertiang dua

Balik kampung suka ria
Untuk bertemu sanak saudara
Berbelanja sampai tak ingat dunia
Lepas raya melopong di tangga

Bulan Ramadhan kita berpuasa
Syawal tiba kita beraya
Jangan membazir bila beraya
Banyak bersedekah ada baiknya

Habis duit pening kepala
Pasal raya siap sedia
Lepas raya bagai nak gila
Pajak gadai teman setia....

# Pantun dipetik daripada gengcerita.activeboard.com

Wokeh..Selamat Berbuka

No comments:

Post a Comment