Tuesday, 23 April 2013

Perjalanan Umrah 2013

Assalamualaikum,

Alhamdulillah..semuanya selamat dan berjalan lancar..perjalanan Umrah kami tenang dan tiada dugaan berat yang kami tanggung..mohon pada Allah agar Umrah nie bukan yang terakhir bagi kami..betul la org cakap..sesiapa yang pernah sampai ke sana pasti nak pegi lagi..kat sana memang tenang, lupa terus kerje2 kat opis..setiap fardhu x miss ke masjid..rugi x pergi..lagi satu, setiap lepas solat fardhu mesti ade solat jenazah samada di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram..x pernah melalui pengalaman tue..tapi tipu la kalau x ingat shopping kan..hehe..tapi bila ade waktu terluang jea..terutama malam lepas isyaq..kenang-kenangan utk keluarga n sahabat handai jgn dilupakan..

Travel agent kami CS Holidays..perjalanan kami dari KLIA terus ke Jeddah selama 9 jam..memang makan tido makan tido..penat x terasa sgt sbb hati nie dah kat sana..yang penting makan dalam flight sedap giler..lunch siap ade aiskrim Magnum tue..wallah!!

Bertolak dr KLIA jam 3.00 ptg waktu tempatan dan tiba di Jeddah jam 7.30 mlm waktu Saudi Arabia..maghrib kat sana baru lepas..alhamdulillah..urusan di imigresen berjalan lancar..cepat..pernah terbaca pengalaman orang lain..ade yang terpaksa menunggu berjam2..kerenah pak arab memang menguji kesabaran..mungkin masa kami sampai diorang dh habis solat maghrib dan makan malam..

Day 1 to Day 3 di Madinah Munawwarah

Geng Surau..sebenarnya berempat..nie lepas solat subuh

Ruang dalam Masjid Nabawi..cantik sungguh

kebetulan sebelum masuk maghrib, bumbung nie dibuka..tp lupa nak record..biasa tengok dalam TV jea masa azan

suasana malam di Masjid Nabawi..x pernah sunyi..perasan x tiang2 sebelah kanan..payung bergerak tue ditutup bila malam..

tempat menginap di Madinah

di bawah kubah hijau tue la terletaknya makam Rasululullah..itu adalah tapak asal bilik Rasululullah bersama Saidatina Siti Aisyah..time nie tunggu turn nak masuk ke Raudhah

Masjid Quba'..masjid pertama di bina oleh Rasulullah semasa baginda sampai ke Madinah..bersolat la disini..
Orang yang bersolat disitu mendapat pahala seperti mengerjakan umrah sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
قَالَ سَهْلُ بْنُ حُنَيْفٍ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ تَطَهَّرَ فِي بَيْتِهِ، ثُمَّ أَتَى مَسْجِدَ قُبَاءَ، فَصَلَّى فِيهِ صَلَاةً كَانَ لَهُ كَأَجْرِ عُمْرَةٍ.
Ertinya: Dari Sahl bin Hunaif bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa telah bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya, dengan sebaik-baik wuduk, kemudian mendatangi Masjid Quba’ lalu solat di dalamnya dua rakaat, maka baginya sama dengan pahala umrah.

posing dulu depan Masjid Quba'

dekorasi dalaman Masjid Quba'

putih bersih Masjid Quba' nie

ladang kurma..kurma dan manisan lain mahal kat sini..so, x digalakkan beli..beli kat pasar kurma

nie kat belakang kedai..ade jual macam2 kat sini..boleh nikmati teh arab jugak..free..

nie kurma segar..sejuk beku..sedap x manis sgt..tapi kami silap x simpan dlm fridge..ape lagi busuk terus

perkuburan Bukit Uhud..Bukit Uhud kat belakang..yg ramai org naik..tp group kami x naik..tengok dari jauh jea..disini dikebumikan para syuhada semasa Perang Uhud..700 tentera Islam menentang 3000 tentera mushrikin Mekah..antara yg terkorban bapa saudara Rasulullah sendiri, Hamzah bin Abdul Mutalib

keadaan di dalam Raudhah..bersesak dengan para jemaah wanita..kanvas putih di bhgn depan tue memisahkan jemaah lelaki dan wanita..kanvas akan dibuka semula bila masuk waktu solat..

Alhamdulillah atas nikmat dan kurniaan Allah..dapat jugak bersolat dan berdoa di Raudhah walaupun keadaan bersesak2 dengan jemaah..perbezaan kawasan Raudhah dengan kawasan lain adalah warna karpet..kawasan Raudhah berkarpet hijau..kawasan lain berkarpet merah..
Raudhah terletak di antara mimbar dengan makam (dahulu rumah) Rasulullah
ianya betul-betul bersebelahan dengan Masjid Nabi
jarak rumah nabi dengan masjid hanyalah bersebelahan dan di antara ruang itulah digelar Raudhah..Rasulullah sendiri menggelarkan Raudhah ini taman syurga..

ade jugak Tafsir Al-Qur'an di dalam bahasa Melayu di Masjid Nabawi

Bir 'Ali..tempat miqat bagi jemaah yang ingin mengerjakan Umrah yg datang dari Madinah..miqat ialah tempat berniat untuk berihram dan umrah..


Day 4 to Day 12 Makkah Al-Mukarramah

Menara Jam yang menjadi mercu Makkah..pandangan dari bilik..

begini lah keadaan muka bumi Makkah..lembah..

tempat menginap di Makkah..bilik amat memuaskan..

Bukit Thur..disinilah Rasulullah dan Saidina Abu Bakar bersembunyi di dalam Gua Thur daripada kafir Quraisy

Jabal Rahmah..berdoalah untuk kasih-sayang di sini, kasih-sayang antara suami isteri/anak n ibubapa/ahli keluarga..disinilah Adam dan Hawa bertemu selepas beratus tahun terpisah setelah diturunkan Allah ke dunia..

Mutawwif kami selama ziarah di sana, Ustaz Ayob dari Indonesia..beliau bekerja di sana sebagai mutawwif hampir 2 tahun..kebanyakan mutawwif kat sana dari Indonesia..sebab tue Arabs kat sana pandai cakap Indon..

Terpatri abadi di hadapan tugu pertemuan Adam dan Hawa..aik!! macam drama Adam dan Hawa la pulek..

Mina..ditutup..buka bila musim haji sahaja..bangunan 3 tingkat tue adlah tempat melontar..dibuat 3 tingkat sebab jemaah haji semakin bertambah

Masjid di Ja'aranah..boleh miqat disini kepada sesiapa yg berhajat nak buat umrah seterusnya..

Telaga yang dibina oleh Rasululllah sendiri bersebelahan Masjid Ja'ranah..tapi telaga nie dh ditutup..

Singgah dan menjamu selera di rumah salah seorang ulama yang menetap di sana hampir 50 tahun..berketurunan Banjar Indonesia

Perkampungan di Makkah..

Raplika Masjidil Haram in the future..tersimpan di Muzium..citer pasal Muzium kat sini..bila masuk cepat2 la tengok sebab kita cuma diberi 30 minit jea..cukup 30 minit penjaga kat situ halau kita keluar..

Tangga lama masuk ke dalam Kaabah..tersimpan di Muzium

Tapak kaki Nabi Ibrahim..exactly macam kat dataran di Kaabah

Gambar lama Masjidil Haram suatu masa dulu..masih ada tapak makam Nabi Ibrahim dan Telaga Zam Zam

Hajarul Aswad

Pancur Emas..terletak di Hijir Ismail..jemaah akan berebut untuk berdoa dan bersolat di bawah pancur emas nie..

Al-Quran hasil tulisan tangan mengikut Rasm Uthmani..Al-Quran yang disepakati dan diterima umum sebagai paling sahih

Minum dulu..dimana2 pun ade air zam zam..mewah

Ladang Unta

Susu Unta..5 Riyal sebotol

Air kencing unta pon boleh dibeli..mujarab mengubati penyakit kanser

Masjidil Haram di malam hari..sentiasa hidup..

Di hadapan pintu 1 Masjidil Haram..setiap kali nak masuk masjid ingat nombor pintu kita masuk..nanti salah pintu takut sesat

Snap gambar dulu sebelum buat Tawaf Wida'..nanti dah buat Tawaf Wida' kena terus balik hotel..kalau x batal..

x sah kalau x singgah di Masjid Terapung, Jeddah..laut tue Laut Merah tau..angin kuat giler

Back to KL..nie Airport Terminal Haj..khusus untuk para jemaah Umrah dan Haji sahaja..rindu pulak nak tinggalkan Makkah dan Madinah..insyaallah, murah rezeki nak pergi lagi.

Salam Umrah..

1 comment: