Wednesday, 26 December 2012

Welcome 2013

Assalamualaikum,



Kita hampir merangkak ke tahun baru..macam mana azam tahun 2012..ade yang tercapai? sikit banyak mesti ade kan..x pun xde langsung..xpe..kita bawak ke tahun depan..

Selamat Tahun Baru semua..azam saya tahun nie, agak2 boleh dapat nie x?...mmmmmm :(
'
'
'
'
'
'
'
'

MIMPI TINGGAL MIMPI JEA LA..

k..bai..

Tuesday, 23 October 2012

Back to UUM..

Assalamualaikum,

Excited plus tired..

Excited sebab akan kembali ke UUM..not for study but for duty..dah 8 tahun tinggalkan UUM..pasti ade perubahan..

Tired sebab Konvensyen selama 3 hari baru jea selesai sehari sebelum berangkat ke UUM..tapi excited punya pasal lupakan selesema dan demam yang mula merebak dalam badan..telan Soluble siap2 supaya virus x merebak dan boleh ke utara dengan sihatnya..kami depart from Airport Subang jam 7.05 pagi..seawal 4.30 pagi dah bangun..arrived at Airport Sultan Abdul Halim, Kepala Batas jam 8.15 pagi..terus shoot ke UUM..

Sampai UUM, terkejut sangat sebab School dah tukar kepada College..School of Business change to College of Business..ade 3 bangunan baru untuk Kolej INTAF, Logistics & Komunikasi..dulu xde..INTAF as one of the School of Business' course..teringat zaman study dulu..pegi balik kelas jalan kaki..x terasa penat pun..panas2 pun jalan jugak..sebab malas bawak payung dan tunggu bas..tapi bila pegi sana jalan dari Dewan MAS ke mall, rasa nak tercabut kepala lutut..

teringat Konvo kat sini..

Layout UUM pun dah ingat2 lupa..sekolah sendiri pun dah x ingat kat mana..bila pusing2 bangunan baru jumpa..DKG pun x sempat nak jalan sebab kejar masa..sempat jugak la bergambar dengan Sekolah sendiri..taraa..

my School..



sibuk jugak bergambo kat fakulti orang lain..ala..subject ekonomi saye "terpaksa" ambik jugak..x sukaaa

Rindu time study dulu..kawan2 rapat..lucky, sebab dapat "clique" yg sporting..masing2 buat hal sendiri..yang kami tahu kami memang nak enjoy masa belajar..xnak serabutkan kepala dengan "cintan-cintun"..eii konon..padahal xde orang berkenan..ade jugak kawan yang bercouple tapi masih maintain result..agenda kami every weekend, kalau x ke Alor Setar kami pegi Padang Besar..kebetulan ade kawan yang memang dah lama ade lesen keta..ape lagi..shopping la..alang2 dah belajar sini better puaskan hati pegi sana..nak pegi mana2 kena sewa keta ..RM 5/jam..ok la tuh..kalau 5 orang join jimat jugak kan..yang penting loan x penah abis..mesti tingglkan sikit untuk next semester..xnak bebankan orang tua..

Berpeluang jugak ada parent angkat di Kangar, Perlis..baik sangat..tp skrg dah jarang contact each other..every weekend mesti diorang datang ambik pegi rumah..tido sehari dua..pegi makan2 kat Kuala Perlis..seafood kat sana memang superb..

Saat-saat bertugas..


stayback sampai malam




On da way balik kami singgah makan laksa Teluk Kuchai..memang sedap sebab rasanya macam laksa penang..flight kami diawalkan 15 minit sebab Dato' Mukhriz menaiki pesawat yang sama dengan kami..event kami pagi tue dihadiri oleh YB Dato'..flight kami jugak agak laju skit sebab nak cepat sampai..mungkin kerana ada orang kenamaan di dalam pesawat kot..

Memang trip yang memenatkan..hari Ahad saya mahu berehat dengan puasnya sebab demam on off..bye





Wednesday, 12 September 2012

TODAY..he turns to 31

Assalamualaikum,

Hari nie my hubby turns to 31..sekarang kamu dah sebaya saya kan..hehe..SELAMAT HARI LAHIR..semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan diberkati Allah sampai akhirnya..tahun nie x tau nak bagi ape sebab apa yang telah dirancang dia beli dah. So, abang..saya bagi ini jea kat kamu yea..

:
:
:
:





# p/s untuk hubby: kad tue nanti jangan lupa tick tau..

Ok..bai

Tuesday, 28 August 2012

Aidilfitri 2012

Assalamualaikum,

Mood raya nie masih ade lagi..menebal lagi..rindu pulak kat ketupat ngan rendang..raya pertama x makan banyak pun sebab asik melantak nasi hujan panas..last2 stock yg ade habis dijamah tetamu yang dtg bertali arus..nasib baik kami sempat beraya rumah sedara mara..

Tahun nie turn raya pertama hingga ketiga kat kampung aku..petang raya ketiga baru bergerak balik kampung nenek hubby di Melaka..raya keempat baru balik Nilai, rumah mertua.

Tahun nie rasa relax sikit siapkan juadah sebab dh prepare awal2 dari pagi..lagipun ade ramai yang menolong..kebetulan adik laki yang nombor tiga tue x balik raya rumah mertua..jadi kerahan tenaga tue byk sikit la. cuma kakak sulung jea xdpt balik sebab adik ipar dia nak nikah raya kedua di Kedah..sedihnya..xdpt jumpa anak2 sedara yg dua orang tue..nasib baik my niece yg sorang tue ade..riuh la sikit suara budak walaupun dia sama sibuk jea nak buat keje dapur..abis bawang die campak merata2.

Satu2nye anak sedara perempuan buat masa nie la..

adik ketiga & wife

muka boring tunggu nak jalan2 raya..

mak & adik keempat

saya & hubby..susah sungguh budak kecik nie nak bergambar..dia sibuk nak duk depan meja tue..

sempat snap gambar sebelah hubby..kebetulan atuk & mak sedara dia datang terus berposing sama2 sebagai kenangan

Alhamdulillah tahun nie kami x cirit-birit dan muntah macam tahun lepas sebab dah ambik iktibar..masa time raya nie cuba hindarkan makan di restoran atau kedai2 makan..nie nasihat pak sedara hubby yang akan bawak bekal maggi atau makanan lain kalau balik kampung atau berjalan raya.

Ok..Selamat Hari Raya !

Wednesday, 8 August 2012

HERBALIFE Aloe Concentrate

Assalamualaikum,

Hari nie nak share ngan anda semua kebaikan HERBALIFE Aloe Concentrate.




Penggunaan ALOE VERA sebagai pengambilan dalaman di dalam bentuk minuman dapat mengatasi masalah   ASMA, SESAK NAFAS, BUASIR DAN SEBAGAINYA. Di samping itu, ALOE VERA juga mampu mencegah KANSER PARU-PARU. Kajian penyelidikan daripada JEPUN membuktikan aloe-vera berkesan dalam menghalang kanser paru-paru serta banyak lagi jenis kanser lain. ALOE VERA melegakan masalah penghadaman, berkesan mengubati penyakit radang usus seperti cirit-birit, pembuangan najis tidak menentu, menyahtoksin sistem penghadaman, meneutralkan perut berasid, sembelit, ulser dan gastrik. Ianya juga dapat memperkuatkan fungsi buah pinggang, hati dan pundi hempedu. 

Herbal Aloe Concentrate digunakan untuk mengimbangi kesan-kesan pencernaan.  
KELEBIHAN UTAMA:-
  • menenangkan perut dan melegakan kesenakan.
  • meningkatkan penyerapan nutrien.
  • menyokong imuniti dan memberi perlindungan antioksida
  • diperbuat daripada daun lidah buaya yang berkualiti dan mengandungi enzim, asid amino dan vitamin. 
  • membantu menurunkan berat badan berlebihan.
Sifat menenangkannya boleh membantu menangani masalah disfungsi percernaan yang boleh menyebabkan masalah berat badan, tenaga, imuniti dan kulit. 

PENGGUNAANNYA: Bancuh 3 penutup penuh (15ml) dengan 120ml air kosong/jus.Senang kan.

Kalau nak dapatkan produk nie boleh PM saya di Facebook yea.

Saturday, 4 August 2012

HERBALIFE

Assalamualaikum,

Hari nie saya nak share dengan anda rahsia saya menurunkan berat badan yang sihat. Tanpa perlu berlapar dan saya masih boleh menikmati makanan kegemaran..saya juga x perlu skip nasi.

Dengan HERBALIFE, saya bukan sahaja menurunkan berat badan malah tubuh saya juga mendapat bekalan nutrisi yang secukupnya. Buktinya, dalam masa 1 minggu saya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 2 kg..ukuran pinggang saya juga menyusut 2 inci. Sape x happy kan..sekian lama saya mencuba untuk turunkan berat badan akhirnya berjaya jugak..saya diperkenalkan produk nie oleh seorang rakan yang turut mengalami masalah berat badan..beliau berjaya membuktikan keberkesanan produk nie..itu yang buat saya teruja.



Sebagai permulaan, saya cuma mengambil Tea Mix 2 liter sehari..badan mula rasa lebih ringan dan bertenaga..x macam sebelum nie asyik rasa ngantuk..fungsi tea mix ini ialah menambahkan tenaga, meningkatkan metabolisma dan menyahtoksin dalam badan kita..hubby pun dah mula ambil Tea Mix nie..ade 2 perisa; lemon dan peach..saya suka lemon.

Bukan ini sahaja, selepas tengok kawan dah mula slim saya terus ambil 2 lagi produk penting iaitu Formula 1 dan Formula 3. Strategi bermula awal puasa. Hanya 2 scoop F1 dan 1 scoop F3 shake bersama 350 ml Tea Mix saya dah kenyang macam makan hidangan biasa..plus tubuh saya sihat sebab produk nie kaya dengan nutrisi. Saya shake setiap selepas berbuka dan semasa bersahur. Alhamdulillah, selepas 1 minggu berat badan memang turun. Pengambilan semasa bulan ramadhan nie memang membantu..kalau tahun2 yang lepas berat badan cuma turun 2 kg jea sebulan semasa bulan ramadhan dan naik balik lepas raya..selain tue kulit jugak makin cantik dan gebu..

F1; ade 5 perasa, coklat, cappuccino, strawberry, vanilla dan tropical..nutrisi seimbang setiap hari dan memberi rasa kenyang..saya minum vanilla

F3; membantu membentuk semula tubuh dan mengurangkan inci

Apa lagi kawan2..kalau nak dapatkan produk nie dan tahu lebih lanjut just PM me k..saya sedia membantu. bai

Thursday, 19 July 2012

SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum,

Salam Ramadhan buat semua muslimin dan muslimat. Semoga Ramadhan tahun nie diberkati olehNya. Jom kita pakat tingkatkan amalan di bulan Ramadhan nie.

Source from Google



Lafaz niat puasa sebulan Ramadhan:

 Niat: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan seluruhnya kerana Allah Taala.


P/s: Semoga puasa tahun ini penuh. Amin

Wednesday, 4 July 2012

Petikan kata2 hikmat

Assalamualaikum,

Tadi sedang tercari2 bahan dari internet, terjumpa satu blog (http://apanamadotcom.wordpress.com) menceritakan kata-kata hikmat daripada "DATO’ SERI SAMMY VELLU SEPANJANG 31 TAHUN". Tak tau la nak kata petikan nie betul2 atau rekaan semata-mata tetapi memang pengubat kala stress la.

Saya copy n paste jea lah..malas nak retype..rajin sangat la pulak..petikan tue berbunyi:

Perdana Menteri pernah mengatakan hal ini dalam Persidangan Barisan Nasional 2010; “Kami akan merindukan Dato’ Seri Samy Vellu kerana ia menambah banyak warna …. kadang terlalu banyak warna”. Oleh kerana itu, sebagai tanda penghargaan, saya hanya ingin berkongsi beberapa koleksi mutiara kata yang dikumpul di mana ia diucapkan oleh Dato’ Seri Samy Vellu.

* Amaran. Ini memang kelakar gile *
  1. Semasa isu berkaitan Pos Laju: “Besoh kirim, hari ini juga sampai”
  2. Semasa ke udara di Berita TV ketika beliau cuba meluahkan perasaan malu: “Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar”
  3. Semasa menyampaikan sebuah ceramah: “Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini.” Selepas itu ada seorang pakcik bertanya, “Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?” Dan dengan bangganya beliau menjawab, “Kalao takde sungai, kita bina sungai”
  4. Petikan ucapan paling favourite di dalam Berita TV: “Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”
  5. Petikan ucapan semasa krisis air: “Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!”
  6. Petikan ucapan berkaitan masalah sosial: “Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade”
  7. Petikan ucapan semasa Program Derma Darah di Sungai Siput: “Marilah kita semua menderma dare”
  8. Petikan ucapan beliau semasa mengucapkan kata-kata aluan sesuatu program: “Selamat datang saudara-mara semua” (It should have been “saudara-saudari”)
  9. Semasa isu pengharaman Al-Arqam’s, beliau berkata dalam Press Conference: “Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam”
  10. Semasa upacara perasmian bangunan baru: “Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain”
Lawak paling kelakar yang diucapkan oleh beliau yang akan diingati oleh peminatnya sepanjang hayat: “Kita akan bina roket pigi matahari.” Seorang Wartawan memberi respon, “Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati.” beliau menjawab, “Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam.

Ok lah..pigi sambung buat kije ah..bai!
 

Wednesday, 20 June 2012

C.H

Assalamulaikum,

Hari nie baru berpeluang update blog..entry sebelum nie saya dah citer pasal anniversary kami..kali nie nak citer tempat holiday kami suami isteri..tahun nie mmg dah planning nak celebrate di Cameron Highlands..tup2 memang rezeki, kami dapat 2 keping baucer dari Bank Islam penginapan di Equatorial Hotel, C.H selama dua hari..memang cantik lah.."pucuk dicita ulam mendatang"..kami cuma tambah beberapa ratus jea untuk bilik dan breakfast.



Perjalanan pegi kami lalu Simpang Pulai..jalan sini much better berbanding Tapah..kata orang lah..tp mmg betul..sebelum sampai sempadan C.H cermin kereta mula rasa sejuk..bila bukak tingkap kereta..aduhh..memang terasa angin sejuknya..pemandangan pun cantik sangat..berbukit2..jd, x lepaskan peluang stop tepi jalan amik angin dan snap gambar jugak..

di kaki bukit..sangat nyaman


Sampai Brinchang, dah mula nampak kebun2 sayur dan strawberry..husband yg dah x sabar2 nak makan strawberry terus berenti kat gerai beli strawberry..kata orang makan kat sini manis x mcm makan kat luar masam..xde maknanya..sama jek..hanya cantik pada rupa..

walaupun jam 2 ptg dan matahari bersinar memancar tapi cuaca tetap sejuk..nyaman sangat..x tergambar ngan kata2..rasa macam x nak balik KL, panas membahang..

Sampai hotel, letak barang dan mandi kami terus keluar pusing2 kat Brinchang dan Tanah Rata..jarak dua tempat nie x jauh pun..cuma beberapa kilometer jek. Kami ke Bharat Tea Plantation dulu..kat sini ade cafe dan boleh jalan2 kat ladang teh.



Dah puas bergambar, kami pegi ke Robinson Falls. Sayang sangat sebab tempat nie x terjaga..air sungai kotor..jalan pun teruk..nak turun ke sungai pun takut..xde jalan..curam..snap gambar jea la..



Bila dah jalan2 nie, perut mula rasa lapar lagi walaupun 3 ptg tadi dah makan nasi goreng..citer sikit pasal nasi goreng tue..mahal sangat..kami makan nasi goreng, sirap suam dan kopi, 16 inggit..cekik darah betul.

Kami stop kat Steamboat Cafe dan try strawberry milk shake & strawberry juice..nama dah datang cameron kan..haruslah segalanya strawberry..nak maniskan lagi tekak nie husband order strawberry waffles..siap aiskrim lagi toppingnya..mmg sedap..masa kat sana baru kami perasan, perut sentiasa rasa lapar..teori kami sebab tempat sejuk memang cepat rasa lapar kerana lemak2 yg diambil dicairkan dan menjadi haba untuk panaskan badan. Rupa2nya betul bila dirisik dengan orang yang expert dengan tempat sejuk nie.

Strawberry milk shake tue saye punye..

ok..rokok tue pun nak masuk gambar kan..



Hari Kedua, sesi ke kebun strawberry..kami pegi ikut direction Map Cameron..kebun Strawberry yang popular antaranya Big Red Strawberry Farm..jangan pegi Kasimanis Strawberry..membazir jea..x boleh pluck strawberry pun. Bila nak petik strawberry nie ada caranya..x boleh pegang buah tue takut cepat busuk..setengah bekas tue 25 ringgit..petik la yang besar2 jea yea..x masam sgt.


Mat Bangla yg tolong snap gambar nie..bukan main peramah lg dia berborak ngan husband


Lepas ke sini kami terus ke Ladang BOH..tempat nie salah satu tempat wajib singgah..rugi la kan..kata ala2 Vanilla Coklat..sebelum sampai ladang BOH, kami singgah jap kat Bee Farm

nie jea yg sanggup snap sebab ade signboard tulis "BAHAYA"..lepas snap, cepat2 lari..pusing belakang rupanya husband dah lari masuk kedai..takut..



Jalan ke ladang BOH sangatlah scary..tiap kali lalu selekoh tajam kena bunyikan hon for alert..tapi sepanjang jalan pemandangan memang cantik sangat


pemandangan dari atas "view point"

we're coming..

FYI, ketiga2 teh nie tidak ade dalam pasaran Malaysia..BOH hanya export teh nie ke luar negara sebab teh nie sangat berkualiti..sebab tue harganya mahal..1 tin 16 inggit..so, beli la yea

"View point" kami panjat, nak tengok pemandangan dari atas..memang tinggi dan nak tercabut lutut nie..turun bawah terus pekena teh Palas Supreme & Bukit Cheeding No.53 dan kek..kami lucky, smpai cafe kul 12 tghari..time pelawat dibawa masuk kilang..boleh tengok proses membuat teh..masa nak balik sepasang couple dari Perancis tumpang keta ke Tanah Rata..katanya student tgh study kat Singapore..

Mase nak turun dari "view point"..cafe BOH beratap merah tue..


Petang kami pegi pulak ke Taman Ros dan Rama-rama..

Rose..tempat nie bertingkat2..tp dh x sanggup nak panjat..sakit kaki kat BOH td pun x hilang lg..


Taman Rama-rama..sekali masuk 5 inggit


Waktu malam sangatlah sejuk..x sanggup nak bukak sliding door..sejuknya sampai ke tulang..husband cuba jugak lepak kat luar tp x sampai 5 minit pun..

abaikan tulisan yg tertulis, cuma nak buktikan malam mmg sejuk..waktu nie kul 9 malam..sliding door mula berwap..

Hari Ketiga..back to KL..sebelum balik singgah dulu beli petai dan air kelapa laut..sedap..wajib beli..balik kami lalu tapah..jalan memang mcm ular kena palu..kepala mula rasa pening dh nk termuntah..kami stop skjp tepi jln amik angin..


x jauh dr tempat kami stop nie, Lata Iskandar..mmg cantik..xnk lepaskan peluang turun ke sungai..air bersih dan sejuk..ramai orang mandi. Suatu hari nanti akan datang lagi ke C.H. syok sangat..release tension.

Lata Iskandar

Ok..nie jea la yg mampu nak citer..ikutkan hati panjang lagi..hehe..xpe lah..nanti boring pulak. K bai.

Friday, 25 May 2012

4th Anniversary

Assalamualaikum,

Diam tak diam hari nie dah 4 tahun rupanya kami bersama. Makin banyak perkara kami suami isteri belajar dan makin banyak jugak la perangai "pelik" masing2 yang keluar..tp masih dalam kawalan lagi la..hehe.

Kami still x planning lagi mana nak celebrate..al-maklumlah setiap minggu ade urusan seri paduka. Biasanya setiap tahun kami pegi holiday, makan2. Tapi tahun nie macam x nampak bayang..mungkin celebrate lambat sikit kot..yang penting celebrate..dah jadi tradisi. So, tak nak break tradisi nie sampai akhir hayat.

Doa kami agar dikurniakan zuriat dalam masa terdekat nie, dimurahkan rezeki, rumahtangga kami dilindungi dan diberkati Allah serta kasih sayang kami suami isteri berpanjangan hingga akhir hayat. Amin.

Kenangan terindah