Tuesday 24 May 2011

Aura Seri

dah 3 hari DA tak update blog..demam..semalam pegi klinik check darah..takut2 la kena demam denggi..tapi alhamdulillah doktor cakap takde..so, hari nie dah boleh bekerja seperti biasa..sebelum nie DA ada janji nk kongsi pasal Datin Ira Ghani kan..sembang2 dengan Datin Ira memang seronok..apatah lagi bila bersembang pasal kecantikan..bila bergambar dengan Datin memang nampak la perbezaan ketara aura Datin dengan aura DA..aura Datin menyerlah bak mutiara..glowing gitu..

Datin Ira Ghani, Pemilik Aura Seri Spa & Beauty

Datin Ira merupakan founder Aura Seri dan sudah hampir 10 tahun membina empayarnya sendiri dimana pada permulaan, Datin Ira tidak mendapat apa2 bantuan kewangan daripada mana2 institusi..beliau membina perniagaan bersama suami, Dato' Dr. Ibrahim dengan hasil titik peluh sendiri..memang perit tetapi mengenangkan kehidupan yang amat susah ketika itu, mereka tekad membina perniagaan sendiri..

Mengapa Aura?
menurut Datin Ira, beliau ingin membuat sesuatu yang menarik minat beliau bukan kerana mengikut orang lain..beliau memang sukakan aura bau-bauan ..untuk mendalami bidang ini dan menjadi seorang yang pakar didalam bidang kecantikan, beliau telah melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma dalam bidang Beauty in Alternative Medicine, Open International University of Culcutta, India.





DA memang kagum dengan semangat Datin..di usia yang masih muda beliau telah dikenali di seluruh Malaysia..muka beliau pun memang kerapkali keluar majalah..dulu DA sungguh kagum melihat beliau di dalam majalah.. tapi sekarang tak sangka pulak boleh face to face dengan beliau..


ape pun DA mengucapkan tahniah kepada Datin di atas kejayaan beliau kini dan DA pun semakin semangat untuk majukan diri dalam bidang DA sekarang.

No comments:

Post a Comment