Friday, 14 November 2014

Farra Beauty Super Glowing Foundation SPF 35

Assalamualaikum,

Kita sekarang nak yang simple dimple jea. Segala-segalanya nk cepat dan mudah untuk diri sendiri. Nak share satu produk yang sangat2 best. Mungkin ade yang dah pernah dengar.





Ni owner/founder ok.. cantik x..kak farra namanya



Macam mana jumpa produk nih? Terjumpa kat instagram. Memang recommended. Tak perlu pakai bedak pun takpe..sapuan memang rata..ramai jugak kawan2 yang tegur muka nampak glowing even x pakai bedak. 

Available in 3 tone color


Saya punye tone Natural..no 2

Nampak kecik tapi boleh bertahan dari 3 ke 4 bulan. Jimat x..

Ni baru bukak yang baru..tu yang berpeluh2 agaknya. Nampak x singa tengah marah..kah kah

Sebenarnya dah lama pakai..dari tahun lepas..baru 3 kali beli..so, memang jimat lah kan..sebelum ni aku ade citer pasal foundation Hannan Aesthetic. Tapi kat pipi nampak macam merah2..x sekata la pulak kulit muka..aku stop..mungkin produk tu sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kulit..tapi kalau kulit muka yang xde masalah x digalakkan pakai kot. 

Hmm..stay dengan Farra Foundation je la..Farra Beauty pon ade range produk untuk muka jugak..tapi aku setia ngan Fantabulous Skincare sebab memang terbaik..hee

Boleh jenguk instagram kak farra ni  @FARRABEAUTY_HQ

Ok..bai 

Friday, 10 October 2014

Ke Kedah la pulak

Assalamualaikum

Untuk menghabiskan cuti Book-off yang beberapa tu ape kata kita pergi holiday. Release stress keje. Penat dah wei.

Holiday bukan takat jalan-jalan tapi kena bawak balik habuannya. Aku memang bercadang nak ke Langkawi. Tapi tidur satu malam jea. Agenda utama nak borong periuk belanga dan pinggan mangkuk. Al maklumlah bila dah jadi surirumah dah lama ni jiwa kau tetiba jadi jiwa makcik2. Time baru2 kawin dulu x heran pun walaupun mak selalu duk tayang2 pinggan mangkuk die tu. Kebetulan kakak still mengajar kat Langkawi senang la nak kirim.

Kita cerita step by step la. Dari hari pertama sampai ke Alor Setar.

Alor Setar

Sampai2 AS husband duk pusing2 AS carik nasi lemak Royal. Katanya glamer. Sedap la kot. Tapi disebabkan x study peta dulu, maka kami bersiar2 la pusing AS tu 10 kali carik kedai tu. Last2 dah fedap, kami berenti je la makan kat food court tepi jalan. Dari KL aku dah aim, sampai AS terus nak pergi Ariani. Ariani buat Jumbo Sale. x sempat pergi kat KL kita pergi AS.

Butik Ariani kat Kedah ni ade 2..satu kat AS, satu lagi kat Sg. Petani. Ni yang kat AS

Wang Kelian, Perlis

Hari Sabtu, kakak bawak pergi shopping kat Wang Kelian. First time jejak tempat ni. Tempat shopping ni ala2 Padang Besar atau Bukit Kayu Hitam tu. Tapi series, kat sini lagi best. Harga lagi murah. Kita memang akan masuk border Thailand tu. Kat sini memang parah. Beratus jugak la habis.

Nak masuk ke sebelah Thailand ni kita kena lalu 2 Imigresen. Malaysia dan Thailand. Oleh kerana kami pergi hari Sabtu, x perlu passport pun. Masuk jea. Selepas Imigresen Malaysia ni ade tempat parking tapi takut penuh je la. Kami menapak je. Abang ipar carik parking.

.
Ni pun laluan Imigresen. Tapi dah lupa mana satu Malaysia atau Thailand

Keadaannya macam ini. Deretan kedai je. Bukan macam kat Padang Besar ade bangunan. Kat sini ala2 pasar malam. Hari minggu jea bukak. Hari lain x semua bukak. Nie Thailand tau.

Baju2 pun ade jual

Handbag, Beg baju..macam2 la.

Dah kepanasan, ape kata singgah dulu pekena kopi secawan dua. Lagipun dalam ni ade aircond. Sejuk sikit. Must try. Sedap.

Kek2 die memang sedap. Series, x tipu. Lagi sedap dari Secret Recipe. Budak kecik ni sangat la cerewet bab makan, kalau die kata sedap maknanya memang sedap la tu. Kami order Mango n Chocolate Cake.

Ini la hasilnya..1 set Toto Narita (Sarung Cadar, Sarung Bantal dan Toto) ni RM75 je. Ade kedai yang jual RM100 lebih. Nasib baik jumpa kedai yang jual lagi murah. Beli raga kain ni plus penutup RM25 je..Termos nasi dalam RM15. Murah x. Giler ok. Ikut hati nak beli macam2 tapi memikirkan belanja kat Langkawi nanti tahan je la.
Pulau Langkawi

Hari Ahad pagi kami mula pegi carik kedai Nasi Lemak Royal dulu baru ke jeti Kuala Kedah. Nasib baik jumpa jugak nasi lemak tu. Macam nasi kandar pun ade.

Nasi Lemak Royal, Alor Setar
Habis makan kami terus ke jeti. Masa kat traffic light sebelum sampai ke jeti, ade sorang mamat ni lambai2 kat keta kami. Ingatkan nk tegur ape2 yang x kena kat keta, rupa2nya die ejen parking keta kat jeti. 1 hari RM15. Boleh la..kat dalam dewan..teduh sikit keta. Tapi kalau park kat sebelah sekolah lagi murah RM10.

Disebabkan, niat datang nak shopping, kami carik chalet murah je la. Untuk tumpang tido je kata orang. Sampai Langkawi, kami check in dulu..mandi..solat pastu terus keluar survey harga barang kat semua store. First, aku survey harga kat Haji Ismail Group dulu, pastu baru tempat lain..rata2 store letak harga yang sama untuk barang yang aku aim. Alih2, aku shopping kat HIG je la. Choice lagi banyak. Tapi kalau korang nak beli set cadar, carik kat Idaman Suri. Kain die 100% cotton. Corak pun cantik2.

Sampai2 aku carik pan ni dulu..sebab kakak kirim beli untuk mak. tapi yang ni RM49..nasib baik aku x beli yang ni..rupanya ade yang kecik sikit harga RM39..tapi jumpa kat store HIG di Jeti Langkawi.

Ini matlamat utama..dekat HIG je yang buat offer 1 set ni..tempat lain xde..time aku beli ini last..display pun display la..bukan ade orang guna lagi pun..lain la kasut, beratus orang duk sarung try. Kalau kat KL, 1 biji periuk die pun entah2 cecah beratus2..boleh jugak nak beli yang loose..macam2 ade.

Ini pun matlamat sebenar jugak selepas Tefal..aku berkira2 jugak nak beli..5 beradik ni lebih 500 kot..pitam..telefon kakak mintak pendapat..mak aku cakap 2 tahun lepas die beli 300 lebih jea..menyesal..

Tetapi akhirnya setelah dikira tambah tolak bajet yang ade beli 3 beradik ni je la..alang2 dah sampai kan..nampak x gaya2 mak jenah tu dah ade.

ni kompleks membeli belah HIG yang baru..atas tu hotel die..kaya raya Hj Ismail ni..pandai die buat duit..opposite kompleks ni ade food court..senang nak carik makan.

Ade jugak set lain..macam kat atas tu..x silap 4 beradik.
So, kawan2..planning la ke Langkawi shopping barangan dapur yea..yang penting, aku kena bayar tax RM150 kot..oh..sebelum lupa kalau pergi dan balik naik feri simpan resit feri dan barang2 yang di beli yea..nanti imigresen check.

Pusat Rekreasi Air Panas Legong

Balik dari Langkawi, kami singgah umah kakak dulu..mandi..solat. Pastu terus bergerak ke Air Panas Legong. Tido satu malam je..husband pernah pergi time die study dulu. Aku, first time sampai.

Ni original kolam..kolam yang lain tu buatan jea..tapi yang original ni terpaksa tutup sebab ade orang yang x bertanggungjawab buat kotor kat kolam ni..jadi, kita beramai2 mandi la kat kolam buatan tue..setiap hari air ditukar baru..air di salurkan dari kolam original ke dalam kolam buatan.


ni waktu pagi dalam pukul 7..nampak x kabus2 tu..sejuk..elok la pergi berendam dalam air panas tu..kolam ni sesuai untuk anak2 kecil mandi




kolam yang ni dalam..sesuai untuk orang dewasa..panas..
Done..lepas berendam kejap dalam kolam pagi tu kami terus bergerak balik ke KL.

Wednesday, 10 September 2014

Blinq Foundation by Hannan Aesthetic

Assalamualaikum,

Ini bukan Iklan Berbayar.. cuma nak share produk muslim yang baru diperkenalkan. 

Kali ni nak perkenalkan produk muslim ciptaan doktor pakar aesthetic@kecantikan, Dr. Hannan Yusof daripada Kota Bharu, Kelantan. Tak pernah guna dan tak pernah dengar pun tapi x sengaja diperkenalkan melalui Instagram. Produk ni boleh dikatakan baru jugak ciptaan doktor Hannan sendiri. Dr. Hannan ade klinik sendiri. 

Yang menarik hati untuk mencuba sebab foundation ni bebas silikon dan boleh di bawa solat sebab texture boleh menyerap air. Bila pakai macam pakai bedak compact. Foundation ni bukan sahaja buat kulit nampak glowing tapi dalam masa sama merawat kulit. Sebenarnya, bila dah meningkat umur ni dah malas nak pakai tebal2 sangat bila bermekap. Kalau pakai bedak x tahan lama. Nak pakai foundation jea pastu cukup. x nak tampal ngan bedak lagi. Rasa berat sangat muka. 

Ade 3 tone color:

Natural
Light (kulit putih)
Dark (kulit gelap)

Saya pakai natural. Memang best. Texture memang ringan.Senang diratakan. 

Snap je kelebihan Blinq Foundation sebab malas nak taip..

yang penting bebas silikon..

BLINQ FOUNDATION by Hannan Aesthetic

Ini tone NATURAL yea..

Kalau berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh visit https://www.facebook.com/blinqfoundation

Tuesday, 1 July 2014

RAMADHAN MUBAROK 2014@1435H

Assalamualaikum,

Hari ini merupakan hari ketiga umat Islam menjalankan ibadah berpuasa dan belum terlambat lagi untuk mengucapkan salam Ramadhan kepada muslimin dan muslimat. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan dan memberkati amal ibadat yang dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan tahun ini. 


 Amin.

Tuesday, 27 May 2014

Cameron trip-cum-6Anniversary

Assalamualaikum,

6 tahun yang lalu tanggal 25 Mei 2008, kami diikatkan sebagai suami isteri yang sah. Selama itu jugak la kami mengharungi suka duka kehidupan berumahtangga. Doa aku semoga Allah melindungi rumahtangga kami sehingga ke Jannah..dan semoga Allah murahkan rezeki kami sentiasa.

Pada sabtu lepas kami telah ke Cameron Highlands. Tak terfikir pun nak celebrate anniversary. Tapi memandangkan mak datang ke rumah sebab adik terpaksa ikut rombongan sekolah ke Cameron, jadi alang-alang baik ke sana jugak. Dah lama berniat di hati nak bawa mak jalan2 ke Cameron memandangkan dia x pernah jejak pun tanah Cameron, jadi ini masa terbaik bawak die ke sana. Gaji pun baru dapat, memang cantik lah utk bershoping sayur..haha

Pagi2 lepas breakfast terus pegi Al-Mashoor Strawberries. Bergayut-gayut buah anggur. Buah anggur ni x boleh petik.  Hari tue x boleh petik strawberry sebab masih muda dan sikit. Jadi kami terus pegi Red Strawberry yang pernah pegi sebelum ni.Sebenarnya Al-Mashoor ni ade farm. Tapi kami x jumpa kat mana.


Sayup mata memandang salad. Geram tengok. Hijau jea.

Carrot putih baru dipetik pagi tue. Gedabak2.

Mak geram tengok daun parsley. Dulu masa kami datang strawberry kat atas daun parsley tu boleh petik. Tapi hari tu x boleh sebab masih kecik. Dia suruh kami naik kebun lain kat atas. Panjat tangga pulak. Sian mak sakit lutut. Tapi sebab nak merasa petik strawberry gagahkan jugak kaki.

Tengok bahagian bawah ni. Berlambak2 buah besar2. Taktik jangan pandang atas jea. Pandang bawah jugak. Lagi banyak.

Ha..kutip..jangan x kutip. x cukup atas kita petik dari bawah pulak. Mak geram tengok.


Sedar x sedar penuh sebakul. Hampir sekilo.


Habis memetik strawberry, kami pegi ladang teh BOH pulak.

ladang teh BOH

Jangan lupa melawat kilang.

Lepas ke ladang teh BOH kami terus ke MARDI. Pusing2 jea sebab dah x cukup masa. Mak nak tengok MARDI cameron. Yea la dulu arwah abah kerja MARDI. Rugi pulak kitorang x pegi MARDI dulu. Rupa-rupanya kat MARDI lagi best. Macam2 ade. Ish, lain kali datang nak pegi MARDI dulu.

Lepas zohor kami gerak balik. Mak balik kuantan dengan adik. Kami keluar homestay kul 3 petang. Tu pun mintak permission tuan tanah kuar lewat skit. Nasib baik dia ok. Homestay memuaskan la. Dua2 bilik air ade air panas. Kalau x sejukkk. Ok, tu je la citer ke cameron. X banyak pun beli barang. Sebab dulu dah pernah beli macam2.




Thursday, 8 May 2014

Susu Kambing WILDAN

Assalamualaikum,

Akibat dah lama terperam blog ni nak kena perah otak sikit tulis ape bagi hidup balik blog nie..dah lama sebenarnya nak share 1 produk nie..tapi selalu x sempat..saya nak share 1 produk yang saya dah consume hampir 3 bulan iaitu Wildan Susu Kambing..susu nie dalam bentuk tepung bukan fresh milk..jadi tahan lama..saya nie memang x boleh minum susu kambing..pening kepala..pernah try 1 produk nie..agak popular..boleh masuk tapi lepas tu pening..stop sampai lah susu WILDAN nie masuk iklan dalam wall FB saya..kebetulan owner/headquarters produk nie berjiran di rumah jadi senang lah nk beli..bila baca detail produk macam yakin..jadi, try lah..mana tau sesuai..sebab stated kat situ..x berbau hamis dan sesuai dari bayi berumur setahun hinggalah warga tua..makanan sunnah nie kita kena percaya..mungkin cara penyediaan dan kandungan dalam susu tu sesuai buat saya..

Susu nie ade 2 flavour..asli dan coklat..saya try asli dulu..harga sekotak RM45 sahaja..owner nie memang comel..soft jea muka..anak2 die comel2..gebu gebas macam anak orang putih..kita nie busybody skit tanya Wildan tue nama suami ke..die cakap x..sempena nama anak lelaki die yang selalu sambut saya kalau datang rumah beli susu..tapi x pernah pulak nampak suami die..sekarang dah kali kedua saya beli..susu nie memang elok..proses percernaan pon lebih sempurna..heheh..kalau minum sebelum tidur malam, memang lena lah sepanjang malam..kakak saya pernah cakap amal minum susu kambing dari awal kehamilan memang terbaik untuk IQ bayi dalam kandungan..kulit juga lebih cerah dan mulus..

Boleh visit FB Wildan Susu Kambing untuk tahu lebih lanjut



Kita minum duluuu!!!

Ok..sampai sini saje..iklan ini tidak berbayar..salam

Monday, 13 January 2014

SELAWAT KE ATAS RASUL

Assalamualaikum,

Esok cuti lagi sempena sambutan Maulidur Rasul..Teringat lagu kelahiran Rasulullah time sekolah rendah dulu..

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci kota Mekah
Hari yang mulia penuh sa'adah
Bermulalah sebuah kisah

Malam Isnin subuh yang indah
12 Rabiul Awwal yang cerah
20 April tahun gajah
Lahirlah zuriat yang sa'adah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambut tiba
Lahirnya putera yang berbakti

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia 

Siapa pernah dengar angkat tangan tinggi2..


Sempena bulan kelahiran rasulullah ni, perbanyakkanlah selawat ke atas junjungan besar rasulullah..malam nie apa kata kita duk pakat sedekahkan bacaan Yassin kepada rasulullah..tanda kerinduan kita kepada nabi..