Thursday, 24 January 2013

Salam Maulidur Rasul 1434@2013

Assalamualaikum,

Salam Maulidur Rasul kepada semua. Jangan lupa banyak2 kan berselawat ke atas Nabi Junjungan Muhammad S.A.W..sebenarnya bukan hari nie jea..tiap2 hari pon kita berselawat ke atas baginda Rasulullah..

Dulu time sekolah, tiap2 tahun mesti join Majlis Perarakan Maulidur Rasul..satu Taman Perumahan kami pusing sambil selawat..siap Bunga Mangga dan Banner lagi.. bangga giler time tue..hehe

Tema tahun nie,

WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH

Source: facebook.com

Asal-usul sambutan Maulidur Rasul:

Maulidur Rasul tidak pernah disambut oleh Rasulullah SAW walaupun sekali. Begitu juga para sahabat, tidakpernah menyambut hari kelahiran Rasulullah sewaktu hayat Baginda. 

Malah sahabat-sahabat sendiri pada zaman itu tidak pernah menyambut hari kelahiran mereka. Hal ini kerana sambutan itu belum menjadi budaya mereka pada waktu itu.

Pada zaman awal Islam belum ada keperluan untuk mereka menyambut hari kelahiran kerana mereka tidak mahu memikirkan usia mereka. Mereka juga tiada keperluan untuk menyambut hari kelahiran Rasulullah kerana setiap hari mereka boleh bertemu Rasulullah terutama apabila berasa rindu. Mereka ini meskipun tiada berkesempatan untuk bertemu Rasulullah, sekurang-kurangnya selawat akan meniti pada bibir mereka.

Tetapi pada zaman tabi’in, umat Islam sudah berselerakan ke seluruh dunia dan dalam keadaan itu mereka semakin jauh dengan Makkah dan Madinah. Tidak dinafikan, sebahagian mereka lupa untuk mengamalkan Islam lantaran semakin jauh daripada roh ajaran dan perjuangan Rasulullah. Mujurlah ulama masih ada lalu mengambil inisiatif untuk membimbing orang ramai ke jalan benar.

Di celah-celah itu lahirlah sebuah karya yang diberi nama al-Barzanji nukilan Syeikh Jaafar al-Barzanji. Di dalamnya mengandungi kisah Rasulullah SAW semasa kelahiran sehingga wafatnya.

Kemudian kisah itu dibacakan kepada orang ramai yang dipersembahkan dengan cara yang menarik bagi membangkitkan rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.

Namun untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam jumlah yang lebih ramai maka diadakan majlis itu pada hari kelahiran Rasulullah SAW. Di sinilah bermulanya sambutan Maulidur Rasul dalam sejarah Islam.


K..Assalamualaikum..

Monday, 21 January 2013

Birthday trip

Assalamualaikum,

Oleh kerana besday jatuh pada hari bekerja, maka tidak dapat celebrate bersama suami..tapi dia belanja saye KFC!..nyum nyum..kebetulan hari tersebut juga suami terpaksa balik lambat kerana kekangan kerja..jadi perancangan awal telah difikirkan untuk celebrate my birthday..xpe la dekat2 jea..yg penting jalannnn...

Lokasi kami ke Pulau Besar, Melaka..x pernah dengar kewujudannya pon..tapi bila tanya "Pak Cik Google", tempatnya agak menarik jugak..


Pulau Besar di Melaka dikenali juga sebagai Pulau Keramat atau Pulau Misteri.

Ia terletak di Selat Melaka, kira-kira 3 batu nautika dari Bandar Hilir, Melaka.

Pulau Besar merupakan sebuah tempat yang banyak dikaitkan dengan kisah mistik dan legenda serta bersejarah khususnya dengan kisah awal penyebaran Islam di Nusantara.

Selain Makam Sultanul Ariffin Sheikh Ismail, terdapat juga Keramat Masin Tawar, Tasik Bunian, Perigi Nenek Musallimah dan Batu Lesung.

Kerajaan Negeri Melaka turut membina sebuah muzium yang memaparkan kisah-kisah awal dan legenda bagi Pulau Besar.

sumber: Kosmo!, Keris Warisan


pada hari sabtu lepas bermula lah perjalanan kami..untuk ke pulau, kita kena naik feri dari Jeti Anjung Batu..cuma 15 minit jea untuk sampai ke pulau..

nampak x pulau kat belakang tue.. itu la Pulau Besar



bila sampai ke pulau ade van yg dah tunggu penumpang untuk ke centre..bayar 4 hinggit jea..kami stay di D' Puteri Kurnia Chalet..hanya ade 2 resort yg boleh kita sewa..2 lagi hotel dh tutup..menurut pegawai muzium kos di pulau tinggi kerana infra lektrik masih belum disediakan di pulau..2 tahun lg baru kerajaan akan bekalkan dan komersialkan pulau nie..sekarang mereka hanya menggunakan generator..citer pasal bilik pulak..don't expect more..kalau datang bawaklah towel dan barangan keperluan sendiri..chalet memang x sediakan..pendek kata memang tumpang tido je la..

dekat sini memang pengunjung lebih suka berkhemah..sepanjang pesisir pantai penuh dengan khemah2..dan diorang masak sendiri jugak..tp jgn risau kedai makan pon ade kat situ..makanan sedap2 jugak..kami bertuah, hari ahad tengahari putera n puteri UMNO masak nasi beriani di surau..jadi dapatlah kami makan free..hehe

nie tapak perkhemahan..siap ade bangsal memasak lagi kat situ..tp xtau la makanan free atau kena bayar..kami cuma lalu jea..ade jugak dijual barangan mcm tasbih, minyak atar, risalah keagamaan dll..


binatang tunggangan..plat motor mmg x boleh blah..
ok..benda ini sangatlah berguna kat sana..korang boleh sewa..1 jam 15 hinggit..1 hari 70 hinggit..kalau korang xnak sewa ini motor boleh sewa van..tapi kami lebih suka naik motor..kalau nak ke tempat2 sejarah, korang kena lalui jalan2 berliku..ececeh..macam lirik lagu pulak..tp itu kenyataan..first day kami carik jalan ke tempat2 tersebut memang la susah..banyak sgt simpang siur..pulak tue lorong2 mcm horor pon yea jugak..jalan2 tue sebenarnya track padang golf..tp golf club tue dh tutup..jd jalan tue dah byk rosak..jam pulak dah pukul 6 ptg..kami takut la nak masuk hutan..FYI, tempat2 peninggalan sejarah tue mmg dalam hutan..fizikal kena strong..mmg adventure habis..untuk peringatan kalau ke sana pakai lah kasut bertutup dan tapak bergetah..kami kebetulan jea..kalau x, susah nk redah hutan..


oleh kerana hari dah petang kami round2 jea la kat tepi pantai, tetiba kami nampak ini (atas)..so, kami ziarah la kejap sedekahkan al-fatihah..


malas nak taip..baca ini jea la yea..

sibuk buang colok/setangi yg di pacakkan kat situ oleh org2 yg x bertanggungjawab n syirik..

walaupun telah diletakkan amaran ini..tp masih ade yg degil..FYI, tanda amaran ini memang akan diletakkan di setiap kubur/makam..

lepas ziarah kami merayap lg dekat2 situ dan terjumpa perigi nie..air sangat tawar yea..kami try minum skit..perigi nie betul2 tepi pantai..

perigi2 nie ade banyak..dan di setiap perigi nie mesti ade bunga2 teratai bekas org mandi..

malam kami maghrib n isyaq di surau..kenapa solat kat situ? sebab, saya dh tertinggal kain telekung..jadi kena la pegi solat kat surau..ade hikmah kot..mungkin, nak kami merasai pengalaman solat di surau tersebut..FYI, sebelah surau nie la terletak Makam Sultanul Ariffin Sheikh Ismail, ulamak yang mula2 menyebarkan ajaran Islam di Pulau nie..Nama sebenar Sultanul Aarifeen ialah Sheikh Ismail Abdul Qadir (qaddasallahu sirrahu). Beliau adalah keturunan yang ke 18 Rasullullah (S.A.W) dari nasab keturunan Saidina Hassan (r.a). Beliau juga adalah merupakan cicit kepada Sultanul Aulia Sheikh Abdul Qadir Jailani. Sultanul Ariffin adalah nama yang digelarkan oleh orang ramai terhadap Sheikh Ismail Abdul Qadir. Gelaran tersebut membawa maksud 'Penghulu Orang-Orang Yang Arif'. Sheikh Ismail Abdul Qadir telah dilahirkan pada 17 Rabiul Awal tahun 867H di Baghdad. Bapanya bernama Sheikh Abdul Qadir dan ibunya bernama As Sayyidah Fatimah. 

malam lepas Isyaq, kami sempat sedekahkan bacaan Yaasin pada arwah..memang ramai yang sedekahkan Yaasin dan ziarah pada waktu malam..pendek kata kawasan surau nie memang x pernah sunyi..dan ramai jugak yang tido di tepi2 kaki lima surau nie..

nie la surau tempat org ramai bersolat..sebelah kanan surau tue (atap merah) terletak makam Sultan Ariffin, tuan gurunya dan keluarganya..makam nie dikunci sepanjang masa..hanya dibuka pada waktu2 tertentu sahaja..kami sempat masuk hari ahad jam 11.30 pagi..pukul 12.00 tgh makam dikunci semula.
nie adalah makam Syarifah Rodziah@Siti Sarah, anak kepada Sultanul Ariffin..makam nie betul2 menghadap pantai..kalau nak masuk pintu gerbang surau memang melalui makam beliau dulu..


hari kedua lepas breakfast kami mula la jalan2 carik tempat2 bersejarah..sebelum tue kami singgah dulu di Muzium Pulau Besar..

singgah dulu dengar penerangan dari pegawai muzium bertanyakan tempat2 menarik..maklumlah xde peta..

tempat pertama kami ke Tasik Bunian..itu pun selepas kami terserempak dengan van yg bawa pengunjung..ape lagi cepat2 la husband follow..maklumlah xtau simpang mana..memang xde signbord pon, so digalakkan bawak guardian..macam kelakar jea waktu tue..

abaikan muka2 yg masuk gambar tue yea..nie la tasik bunian..kat belakang di hujung sana tue ade batu2 besar..kat situ terletak Istana Bunia..org2 biasa mcm kita nie mmg x nampak..hanya org2 tertentu dan tinggi ilmu agama jea yg boleh nampak istana tue..citer nie mmg betul tau mmg wujud..
dalam tasik nie memang banyak giler ikan nie..
 pastu kami terus ke Batu Belah pulak..jugak follow van tue..

nampak x ade orang cuba masuk ke dalam belahan batu tue dan minta sesuatu..itu jangan diamalkan yea..yg buat benda2 mcm nie hanya pengunjung yang berketurunan India Muslim sahaja..nampak tulisan kat batu tue..dah diingatkan kpd org ramai agar tidak syirik..kat situ jugak ade penjaga batu nie..lelaki tue bertapa kot kat sini..lain macam jea..husband ckp mcm budak silat..

nampak x colok/setangi yg dipacakkan kat situ..nie semua India Muslim tue yg letak..beg kuning tue adelah tabung duit..kami x sumbang pon..lain mcm jea tabung tue..tabung tue ala2 "Dah Penuh Ku Bawak Lari"..

nampak x pengunjung2 tue..majoriti adalah mereka yg berketurunan India Muslim..untuk pengetahuan anda, pulau nie dah macam kat New Delhi..dipenuhi oleh kaum2 mereka..menurut husband mereka mmg percaya dgn tempat2 keramat nie..
 Jam dah hampir 11.30 pagi..cepat2 kami balik ke centre sbb nak masuk makam Sultanul Ariffin..nnt x sempat..juadah free tue pon dah start kul 12.00, alang2 kami makan dulu..Nasi Beriyani Daging..sedappp..dah kenyang kami jalan lagi..kali nie ke Gua Yunus..kali nie main redah jea..nasib baik jumpa..

eh! nie pon tinggalan sejarah ke?..hehe..xde lah..ntah sape tinggalkan selipar kat sini sbb nk redah hutan dan batu batan utk sampai ke Gua Yunus..jalan mmg adventure..ade 2 couple xlepas pon sampai ke Gua sbb xsanggup nk redah batu batan..

nie la Gua Yunus..nampak x colok dan bunga2..dah mcm kuil pulak kami nengok..hanya batu nie sahaja yg berwarna putih..tp sangat menenangkan bila duduk di sini..pemandangan laut sgt cantik bila kita duduk di atas batu tu..cuma sempit sikit..kena bongkokkan badan..

balik kami singgah jap di Tasik Biawak..dengar mcm horror..tp sebenarnya xde pon biawak dlm tasik tue..cuma ade serpihan batu atas batu yg menyerupai biawak..

Tasik Biawak

serpihan batu nie mcm biawak kan..
saya sempat jugak snap Batu Layar..batu ni digunakan oleh kapal2 yg berlabuh utk mengikat tali sauh ke batu nie..tue nampak mcm ade kesan kan..

Batu Layar
pastu kami balik semula ke challet..mandi2 dan siap untuk balik..kami singgah dulu di surau utk solat zohor dan jamak terus asar..

sebenarnya seronok jugak Pulau nie..pengunjung chinese mmg xde langsung..tp akhirnya kami terserempak jugak 1 family chinese nie berkelah..itu pun hari ahad..pengunjung2 yg ramai datang adalah India Muslim dan jugak dari Singapore..  

sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang boleh dikunjungi tapi disebabkan x sempat dan kami pon xtau jalan jd byk la miss tmpt2 tue:

  • Makam Syarifah Rodziah
  • Makam Tok Janggut
  • Makam Tok Putih
  • Perigi di Kaki Pulau
  • Batu Belayar@Batu Penambat Kapal
  • Batu Tengkorak
  • Pokok Disula
  • Tasik Biawak
  • Batu Belah
  • Keramat Masin Tawar
  • Istana Bunian
  • Perkampungan Bunian
  • Tasik Bunian
  • Gua Yunus
  • Keramat Ular
  • Makam Nenek Kebayan
  • Perigi Tempayan Pecah
  • Makam Tujuh Beradik
  • Makam Seribu
  • Makam Nisan Satu
  • Perigi Nenek Musallimah
  • Tapak Kaki Sultanul Aarifeen
  • Batu Lesung
ok..tue jea la yg dpt recall pengalaman kat sana..kalau free berkunjung la ke sana yea..

k..bai 

Thursday, 17 January 2013

Me..turn to 3+..yuhuu

Assalamualaikum,



Pejam..celik..pejam..celik..hari nie meningkat lagi umur..udoh tuo..

Doa untuk diri sendiri..semoga Allah mengampuni dosa2 lalu, kini dan akan datang, memurahkan rezeki kami sekeluarga, memberkati diri ini dan panjangkan umur.

Siapa yang berkongsi Hari Lahir dengan saya yea..???

"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"

Muhammad Ali !!!

Beliau dilahirkan pada 17th January 1942 di Louisville, Kentucky, USA. Beliau merupakan American Heavy Weight Champion dan boxer yang popular..Siapa x kenal kan?

p/s: mmm..mungkin saya pon boleh jadi mcm dia kan..!!

k..bai