Showing posts with label Macam-macam. Show all posts
Showing posts with label Macam-macam. Show all posts

Tuesday, 7 January 2014

CRYSTAL APPLICATOR WAND

Assalamualaikum,

INSTAGRAM nie bagi saya memang the best plus superb social media nowadays..especially kalau kita follow ig retis2..sebab..akan ade follower yang comment bukan sahaja individu tapi seller yang bermacam2 jenis produk hokey..dari jual hijab nye..inspired branded shoes, handbags & clothes, beauty products, jam, tupperware..macam2 lagi la..baju dalam pon ade..heh

Dalam banyak2 Ig yang paling menarik perhatian saya ialah tudung Bawal Exclusive..memang cantik2 dan harga pon memang cantik sangat!..mengalahkan Tudung Fareeda..perhiasan batu yang digunakan dari batu Swarovski Austria..sebab tue harganya mahal..ade yang boleh mencecah ribuan ringgit jugak tau..paling murah RM35 yang hanya ade beberapa ketul jea batu Swarovski..bukan takat orang biasa, mak2 datin and retis pun customer tetap jenama nie..kalau nak beli direct tudung jenama nie boleh ke kedainye di Jalan TAR..betul2 opposite SOGO.

Nak beli mahal sesangat, so saye mencari inisiatif untuk buat sendiri..yang saya tahu bawal yang digunakan Gred 1..dan batu Swarovski tue boleh dibeli melalui Facebook..search Swarovski Borong..ade 2 jenis batu swarovski..Swarovski Austria dan Korea..yang terbaik dan mahal Swarovski Austria..kilauannye lagi cantik..bagi mereka2 yang nak buat sendiri tampalan batu nie pon boleh..cuma beli Hotfix Applicator jea..batu swarovski nie bukan jea boleh tampal kat tudung..pada baju pon boleh..suka2 hati..

Boleh ditampal pada baju..

pada tudung..corak, pandai2 sendiri..nie corak amateur macam saye..hihi

Alat-alat yang digunakan:

Batu Swarovski Crystal saiz 10..ade saiz 12 dan 16 jugak..

Hotfix Applicator Wand..yang macam skru warna gold tue acuan untuk pegang batu tue mengikut saiz

Nie la packing applicator tue..sangat membantu untuk kerja2 tampalan..

Semangat x saye..daripada saye beli dengan harga beratus2 tue better saya buat sendiri..x mampu kau!..Ok..boleh mencuba yea.



Wednesday, 4 July 2012

Petikan kata2 hikmat

Assalamualaikum,

Tadi sedang tercari2 bahan dari internet, terjumpa satu blog (http://apanamadotcom.wordpress.com) menceritakan kata-kata hikmat daripada "DATO’ SERI SAMMY VELLU SEPANJANG 31 TAHUN". Tak tau la nak kata petikan nie betul2 atau rekaan semata-mata tetapi memang pengubat kala stress la.

Saya copy n paste jea lah..malas nak retype..rajin sangat la pulak..petikan tue berbunyi:

Perdana Menteri pernah mengatakan hal ini dalam Persidangan Barisan Nasional 2010; “Kami akan merindukan Dato’ Seri Samy Vellu kerana ia menambah banyak warna …. kadang terlalu banyak warna”. Oleh kerana itu, sebagai tanda penghargaan, saya hanya ingin berkongsi beberapa koleksi mutiara kata yang dikumpul di mana ia diucapkan oleh Dato’ Seri Samy Vellu.

* Amaran. Ini memang kelakar gile *
  1. Semasa isu berkaitan Pos Laju: “Besoh kirim, hari ini juga sampai”
  2. Semasa ke udara di Berita TV ketika beliau cuba meluahkan perasaan malu: “Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar”
  3. Semasa menyampaikan sebuah ceramah: “Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini.” Selepas itu ada seorang pakcik bertanya, “Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?” Dan dengan bangganya beliau menjawab, “Kalao takde sungai, kita bina sungai”
  4. Petikan ucapan paling favourite di dalam Berita TV: “Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”
  5. Petikan ucapan semasa krisis air: “Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!”
  6. Petikan ucapan berkaitan masalah sosial: “Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade”
  7. Petikan ucapan semasa Program Derma Darah di Sungai Siput: “Marilah kita semua menderma dare”
  8. Petikan ucapan beliau semasa mengucapkan kata-kata aluan sesuatu program: “Selamat datang saudara-mara semua” (It should have been “saudara-saudari”)
  9. Semasa isu pengharaman Al-Arqam’s, beliau berkata dalam Press Conference: “Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam”
  10. Semasa upacara perasmian bangunan baru: “Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain”
Lawak paling kelakar yang diucapkan oleh beliau yang akan diingati oleh peminatnya sepanjang hayat: “Kita akan bina roket pigi matahari.” Seorang Wartawan memberi respon, “Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati.” beliau menjawab, “Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam.

Ok lah..pigi sambung buat kije ah..bai!
 

Wednesday, 16 May 2012

Bila naik kapal

Assalamualaikum,

Minggu lepas berpeluang visit KD Mahawangsa milik TLDM yang berlabuh di Pelabuhan Klang. So, reramai x nak lepaskan peluang pusing satu kapal..KD Mahawangsa merupakan kapal pertama yang dianugerahkan persijilan 5S. Bila dapat naik kapal macam nie lah jadinya..

Satu team B


Mula fobia bila nampak tangga nie




Tengok tue! Tuan Nazree tgh explain, kami sibuk bergambar..mintak maap yek..jakun


Ok! Smile sweety  

Bahagian enjin kapal


Kenang kenangan..

Jeles ok..saye dh x tahan panas, jadi terus masuk keta..aircond!..aircond!


Hmm..Safa, seperti biasa
P/s: First time naik kapal masa Open Day TLDM kat Lumut.. x silap 2 tahun lepas.

Ok..bai

Thursday, 12 April 2012

Back to Office

Assalamualaikum,

Semalam cuti sempena pertabalan Yang Di Pertuan Agong..plus MC 2 hari, Isnin dan Selasa menjadikan cuti aku 5 hari (termasuk sabtu dan ahad)..awal tahun dah demam..sampai 4 hari MC..bulan nie demam lagi..nasib baik kena hari cuti..kalau x, banyak hari lagi la x dtg ofis.

Badan dah mula rasa x sedap hari Jumaat lagi..tengahari cepat2 makan Panadol..bantutkan rasa demam..yea la petang balik keje terus nak pegi Serting, NS..aqiqah anak sedara husband..malam tue makan lagi Panadol..so, rasa sihat sikit..ingatkan demam dah lari rupa2nya pagi Sabtu datang balik..alahai jangan la demam..nak pegi kenduri nie..ditambah pulak dengan selsema..lagi la panas badan nie..tp gagahkan jugak..tengahari lepas sembahyang zohor husband tampal kat dahi nie dengan Cool Fever..bagi sejuk skit..dlm pada tue pon sempat lagi round sekolah lama dia dulu..S.M Teknik Ampangan, NS..siap dengan bangganya tunjuk tempat dia FLY masa duk hostel dulu..sama la kita..tapi kami lagi hebat..xde FLY ikut celah2 pagar nie der..kita ikut pintu pagar sekolah lagi..rileks jek pegi TC (Teluk Cempedak) dan Taman Gelora.

Sampai rumah terus tumbang..dah x larat..baju pon x sempat nak kemas..husband yang sudahkan..aduh! demam nie dtg balik..habis sengal satu badan..mata pon dah mula gelap..hari Ahad bangun badan panas lagi..telan Panadol macam biasa..dalam hati baik la demam nie..x nak MC esok..tapi, macam biasa demam masih menyerang..pagi Isnin, mintak husband belikan jus Oren..nak hilangkan pahit tekak..x sampai lima minit..dushh!..muntah air oren..pastu makan kuih sikit alas perut..dushh!..muntah lagi..x boleh jadi nie..terus pegi klinik..suhu 38'C..doktor bagi MC 2 hari..kata doktor perut masuk angin sebab tue muntah..balik rumah muntah lagi..

Hari Selasa husband dah planning pegi Ipoh ngan kawan..ade hal..husband ajak tapi x larat pulak nak ikut..nanti demam lagi..dah serik dah..x nak demam lagi..tengok rumah pon dah x terurus..nasib baik husband tolong basuhkan kain baju..baju2 yang dah kering campak jek atas katil..x lalu nak lipat dan sangkut cantik2..lantai pon dan berdebu..

Hari nie dengan gembiranya datang keje..sebab esok Jumaat..pastu cuti..hehe

Ok..sekian

Tuesday, 21 February 2012

Majlis Ramah Mesra bersama Y. Bhg. Dato' Mukhriz Tun Mahathir

Assalamualaikum,

Semalam berlangsung Majlis Ramah Mesra bersama Y. Bhg. Dato' Mukhriz Mahathir di office. Rasanya semenjak beliau memegang jawatan penting di MITI, setiap tahun beliau akan melawat agensi-agensi MITI. Ok, xnak citer banyak. Lets the pictures speak..

Y. Bhg. Dato' Mukhriz Tun Mahathir

Lepaskan ikan Koi ke dalam kolam ikan baru

Mak Cik nie xkan miss bergambar ngan Mukhriz

Gossiping as always

Partner in crime

Partner in crime 2

Pantang nampak camera

GC Team
Peace!

Monday, 13 February 2012

RM 50

Assalamualaikum,




Ada ape dengan RM 50? Pagi-pagi dah citer pasal duit. Duit tue kan penting walaupun ada yang kata duit x penting. Bagi aku duit penting, sebab mana2 pegi mesti perlukan duit. Kita mesti gabra kan kalau purse/wallet tertinggal. Reason lain dah tentu kerakyaratan kan. Nahas kalau tertinggal IC. Tapi sampai sekarang x paham, bila tertinggal IC mesti kita cakap, nanti polis ingat kau Mat Indon. Kenapa mesti Indon, sekarang dah macam2 bangsa kot datang Malaysia. Kenapa x Bangla ke..Nepal ke..Awang Hitam ke? Ape2 lah. Sebenarnya nak citer pasal kejadian pagi2 kat warung jual Nasi Lemak.

Pagi nie rasanya paling lambat kuar rumah pegi keje. Dah lah nak tapau breakfast lagi. Jalan pun dah macam masuk marathon. Husband pulak tertinggal kertas keje dalam keta. Salah aku jugak lupa nak bawak kuar. Padahal dia dah pesan. Lepas panaskan enjin x sampai seminit pun, cepat2 gerak pegi warung tue. Masa aku sampai ade 2 orang budak sekolah rendah tengah tunggu tapau. Sambil tunggu mak cik tue bungkuskan makanan diorang, aku ade terusha jugak duit kat tangan diorang. Budak sebelah aku pegang note RM 10. Kawan dia yang sorang lagi pegang note RM 50. Dalam pikiran aku, ala dik besarnya duit kau. Baru nak tukar duit 50.

Bila turn adik note 50 inggit tue, tiba2 mak cik tue sound. "Banyaknye duit kau. Mana kau ambik nie."Budak tue dah terdiam. Yang dia tau, dia nak cepat pegi sekolah. Dalam hati aku, alaaah..cepatlah mak cik. Nape nak persoalkan pulak duit budak tue. Lantak dia la nak bawak banyak mane pun..seratus ringgit ke. Dah duit mak bapak dia banyak. Aku dah lambat nih." kau curik ke? Jangan curik x baik. Tiba2 mak cik tue sound kat budak tue. Astagha. Ape lah mak cik nie. Ade ke  tuduh budak tue curik duit. Sian budak tue. X pasal2 kena tuduh mencuri. Tiba2 kawan dia sound mak cik tue, "duit die la mak cik..mak dia kasi beli makan." Mak cik tue reply "Hah, kau jangan mencurik..kalau xde duit mak cik boleh sedekah kat kau." Ok..tepuk dahi. Ade jugak orang macam nie. Mak cik nie kan, kalau aku nie mulut laser, nak jek aku sound dia balik. "Mak cik, x baik tuduh budak tue bukan2..mak ayah dia kaya, sebab tue dia boleh bagi anak dia 50 ingggit. Ataupun pagi2 nie mak dia xde duit kecik..tue jea la paling kecik." Mak cik boleh cepat sikit x, saya dah lambat." Huh!, makcik..makcik.

P/s: teringat masa sekolah rendah dulu. Mak bekalkan 30 sen jea pegi sekolah. 20 sen tambang bas pegi balik. 10 sen simpan. Tapi biasanya x sempat simpan sebab dah kena rembat ngan adik.

Peace! 


Tuesday, 3 January 2012

Ustaz pun pandai main Gitar

Assalamualaikum,

Tahun baru dh bermula..pejam celik..pejam celik dah 2012..sekejap je masa berlalu.

Pada malam tahun baru yang lepas, dianjurkan satu countdown 2012 di dataran Shah Alam. Zizan Raja Lawak ditugaskan sebagai emcee pada malam tersebut. Countdown nie bukan macam countdown biasa kat Dataran Merdeka tue tetapi menjurus kepada bentuk keagamaan. Yg. Bhg. Ustaz Azhar Idrus dijemput sebagai penceramah jemputan pada malam tersebut.

Bagi yang mengenali Ustaz AI, ceramah beliau memang menarik..kelakar..tapi berisi. Oleh kerana Ustaz AI berasal dari Terengganu dan si Zizan pun dari Terengganu, maka ceramah tue dh macam kat Ganu. Bagi mereka yang biasa dengan loghat Terengganu mesti faham ape yang mereka cakap tapi kalau yang tak biasa, ternganga2 dengar. Macam suami saye. Oleh itu, saye translate la sikit2 ape yang Zizan dan Ustaz tue seloroh.

Malam tadi suami cari "countdown" tersebut di dalam Youtube..alhamdulillah jumpe. Sebab malam tue x dpt pegi sebab suami kena standby sampai Ahad pagi..Yang mengagumkan kami suami isteri, ustaz rupanya pandai main gitar..cayalah..suami pun mcm x percaya..tapi itu lah kebenarannya. Ustaz AI pandai main gitar. X percaya tengoklah dalam Youtube.



Peace!

Tuesday, 27 December 2011

Bila pertama kali "Datin" berdikari pi supermarket

Assalamualaikum,

Citer kali nie bukanlah mengaibkan sesiapa tapi cuma membantu para warga "emas" yang pertama kali berdikari pegi supermarket tanpa ditemani "drebar".

Hari nie free skit nk kuar pi mall belikan hadiah newborn baby girl untuk kawan opis. Selain tue nk post parcel utk kenalan di Phillipines..dh setahun brg tue terperap di opis. X sedap hati la pulek pegang brg tue lama2 walhal dh promise ngan penerima. Lepas post brg terus pi Popular carik sharpener..nk asah eyeliner yg dh mula kontot. Bila dh masuk Popular tue, apalagi sambil2 tue belek2 buku kat bahagian Agama. Betol! x curik dengar pun tapi "Puan2" nie yg ckp kuat sangat. Maka, dengarlah bait2 berbicara mereka berdua (mcm ayat novel la):

Puan A  : "i nie pun cari jek yang mana2..i pun x tau yg mana satu.."


Puan B  : "x tau la nk pilih yang mana..i x pandai.."

Puan A  : "ambik jek tajuk ape pun..i nie pun baru nk belajar..yea la.. i pun baru nk berubah sikit2 kan..kita  nie dh kena start pelan2 belajar..i pun x pandai.."

ok..oleh kerana diri ini dh x sanggup nk dengar perbualan mereka berdua, lebih baik cepat blah dr situ..diorang pun mungkin segan bila aku ade kat situ..sebab diorang pun bukan muda lagi, kiraan aku lingkungan 60an..cepat2 aku beralih ke stationaries carik sharpener dan fail utk personal work aku n husband. Pastu aku terus pegi kedai baby carik hadiah n pusing2 mall carik ape yg patut.

And, tiba lah masa utk pulang..oleh kerana aku park di luar so, kena bayar la kat luar..post auto payment kat luar tue memang panas and agak bersilau..jadi x berapa nampak number yg tertera..mesin kat situ ade 2 jek..sebelum turn aku ade budak pompuan..masa aku sibuk belek2 wallet carik ticket parking, tiba-tiba..seperti pernah ku dengar suara ini..tp di mana yea..ops!.."Puan2" nie rupanya.

Puan A  : "eh!..macam mane nk bayar nie?..ticket nie nk masuk kat mane?..dik, mane nk masuk ticket nie (sambil tangan hulur parking ticket kat lubang masuk duit), i x tau la.."

Budak Pompuan  : "ticket masuk kat sini makcik, kat situ masuk duit.."

Puan A  : "eh! nape dia kuar balik..x boleh masuk la.."

Budak Pompuan  : "eh! salah mak cik..terbalik ticket tue (sambil budak pompuan tue cepat2 ambik ticket die and laju je blah dari situ).."

Puan A & B : (terpinga2 Puan A & B sambil Puan A masukkan ticket dlm mesin)

Puan A  : eh! berapa ringgit nie nk kena bayar (sambil berpaling pandang aku, mungkin mintak simpati)..x nampak pun.."

Aku  : (kebetulan aku dh siap bayar, terus beralih ke tempat Puan2 tue..kesian pulak aku tengok dua orang nie).."Puan, harga tengok kat sini.." (sambil tunjuk kat screen payment tue. Memang aku akui nombor kat screen tue x berapa nampak sebab biasan cahaya matahari pada atap tue yg problem) "Emm..3 ringgit puan.."

Puan A  : oh! 3 ringgit..x nampak pun.."(aku tunggu lagi kat situ tengok diorang bayar) " lepas tue"..

Aku  : "puan tunggu ticket kuar kat sini.."..(tunggu2 ticket x kuar, aku jenguk balik kat screen).."eh..maaf puan tambah lg seringgit (sambil Puan B letak lg seringgit)..

Puan A  : " terima kasih yea dik..nampak ke dik nombor tue..i x nampak pun''..

Aku  : "memang silau skit Puan..x berapa nampak"..

Puan A  : "biasalah mata orang tua..orang muda2 nie mata terang lagi.." (sambil ucap terima kasih kat aku)

Sambil jalan menghala ke kereta, terpikir pulak aku, diorang nie macam x pernah pegi supermarket sendiri..nie mesti drebar yang hantar..orang besar2 kot nie..nk kata x moden..moden sesangat..ape2 lah..yg penting aku dh tolong diorang..pandai2 lah korang kuar dr parking..jgn korang kuar kat palang masuk parking dah..Wassalam.

Peace!