Showing posts with label Hari Raya Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya Aidilfitri. Show all posts

Monday, 5 August 2013

SALAM AIDILFITRI

Assalamualaikum,

Pejam celik..pejam celik dah 27 hari kita berpuasa@27 ramadhan..kat ofis dah mula lengang..ade kawan2 dah mula bercuti dan pulang ke kampung..tinggal beberapa kerat jea..itu pun majoritinya yang memang beraya di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang..ade yang bertolak ke kampung malam esok..ape pun didoakan semuanya selamat sampai yea..

Dikesempatan yang ada ini, aku nak ambil peluang memohon ampun dan maaf kepada semua kenalan dan taulan..jemput lah beraya ke rumah..tahun nie x boleh cuti sakan sebab cuti tahunan dah tinggal seciput..jadi kena simpan untuk program2 akan datang..heh2..



Tuesday, 28 August 2012

Aidilfitri 2012

Assalamualaikum,

Mood raya nie masih ade lagi..menebal lagi..rindu pulak kat ketupat ngan rendang..raya pertama x makan banyak pun sebab asik melantak nasi hujan panas..last2 stock yg ade habis dijamah tetamu yang dtg bertali arus..nasib baik kami sempat beraya rumah sedara mara..

Tahun nie turn raya pertama hingga ketiga kat kampung aku..petang raya ketiga baru bergerak balik kampung nenek hubby di Melaka..raya keempat baru balik Nilai, rumah mertua.

Tahun nie rasa relax sikit siapkan juadah sebab dh prepare awal2 dari pagi..lagipun ade ramai yang menolong..kebetulan adik laki yang nombor tiga tue x balik raya rumah mertua..jadi kerahan tenaga tue byk sikit la. cuma kakak sulung jea xdpt balik sebab adik ipar dia nak nikah raya kedua di Kedah..sedihnya..xdpt jumpa anak2 sedara yg dua orang tue..nasib baik my niece yg sorang tue ade..riuh la sikit suara budak walaupun dia sama sibuk jea nak buat keje dapur..abis bawang die campak merata2.

Satu2nye anak sedara perempuan buat masa nie la..

adik ketiga & wife

muka boring tunggu nak jalan2 raya..

mak & adik keempat

saya & hubby..susah sungguh budak kecik nie nak bergambar..dia sibuk nak duk depan meja tue..

sempat snap gambar sebelah hubby..kebetulan atuk & mak sedara dia datang terus berposing sama2 sebagai kenangan

Alhamdulillah tahun nie kami x cirit-birit dan muntah macam tahun lepas sebab dah ambik iktibar..masa time raya nie cuba hindarkan makan di restoran atau kedai2 makan..nie nasihat pak sedara hubby yang akan bawak bekal maggi atau makanan lain kalau balik kampung atau berjalan raya.

Ok..Selamat Hari Raya !

Thursday, 15 September 2011

Raya Gathering 2011

Assalamualaikum

Sempena hari raya nie dapat lah buat gathering dengan kengkawan yang dah jarang dapat jumpa..pada masa sama jemput jugak kawan2 berhari raya..selain hidang kueh raya masak mee kari sebagai hidangan berat..




From left: Shidot, Fathi, Kak Aza, DA and Safa..

Jejaka macho..already booked

Hot Mommas

Tima kacih yea sudi datang umah saya walaupun ada kawan2 yang tersilap tarikh dan x dapat datang.

Thursday, 8 September 2011

Aidilfitri 2011

Assalamualaikum,

Huh! Seronoknya raya tahun nie sebab cuti lama..puas hati raya dua2 belah pihak sama banyak hari..dari tahun pertama kawin memang dah deal macam tue..tiap2 tahun raya mesti merasa raya dua2 family..yang beza turn kampung sape dulu..tahun pertama kawin sah2 lah belah perempuan dulu kan. ha..pastu tahun seterusnya sebelah suami pulak..pastu tukar lah turn tahun berikutnya..macam nie baru adil..xde la yang meraung di pagi raya..

macam aku tahun nie turn sebelah suami..pagi raya kami beraya di Serdang, umah mertua. Tengahari, kami balik Melaka beraya di kampung ayah mertua sebab tok masih ada lagi. Keesokan hari kami bergerak pulak ke Senggarang, Batu Pahat kampung mak mertua..rumah pusaka. Raya ketiga baru bergerak balik ke kampungku di Kuantan.

Agaknya tahun nie raya sakan sangat sampai demam2..mula2 aku pastu suami pulak..pegi beraya umah mak sedara pun terpaksa tido jek dalam keta..

Rasanya ramai pasangan lebih suka beraya mengikut tema masing2..aku, dari tahun pertama lagi suka ikut tema..tahun nie tema hijau. bulan 10 nie adik ipar kawin..tema hijau..alang2, pilih tema hijau sebab nak belikan suami baju melayu masa nikah adiknya nanti.. tau je lah lelaki diorang bukan suka kita bazir2 beli baju melayu banyak2..katanya baju melayu pakai masa raya pertama dan sembahyang jumaat jek..tapi, terlupa..suami suka baju melayu cekak musang (baju melayu Johor)..sorry yea..tapi brand tue awak suka kan..hehe





Untuk keluarga terchinta, saya memohon ampun dan maaf jika ada salah silap yang saya x sedar telah menyinggung anda semua. Selamat Hari Raya

Friday, 26 August 2011

Salam Eid ul fitr

Assalamualaikum,

Berpuasa pun sudah, bertarawikh pun sudah, menambah amal ibadat di bulan Ramadhan pun sudah, membeli baju raya pun sudah, menyiapkan biskut dan kerepek di hari raya pun sudah (beli aje)..ape lagi yea..haaaa..dah siapkan duit raya untuk saudara mara dan para tetamu? Bagi rakan2 yang belum tukar duit raya tue cepat2 la yea..bank dah banyak habis stok..

Di kesempatan ini, saya dan suami ingin memohon maaf jika ada tersalah bicara kepada semua rakan2 yang mengikuti blog yang tidak seberapa nak ado ini..salam aidulfitr untuk semua..bagi yang pulang ke kampung tue, berhati2 di jalan raya dan pastikan semua tingkap dan pintu locked betul2..yea la musim perayaan nie macam2 boleh berlaku..kalau boleh tong gas pun ditutup bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku..maklum lah nak tinggalkan rumah lama..bagi si lelaki pulak kalau tidak yakin dengan keselamatan motor anda, masukkan aje dalam rumah.. seperti suami saya lakukan setiap kali balik kampung dengan tempoh yang lama.

Bila time raya pulak, berpada2 lah menjamu selera..maklum lah kan sebulan berpuasa..musim raya nie lah nak balas dendam..makan macam2..petua dari saya, minumlah Bliss (minuman jus yogurt) untuk penghadaman anda..minum sebelum tido..gerenti esok hari perut lega sbb semua sisa pencernaan termuntah keluar.

Selamat Hari Raya..Maaf Zahir & Batin