Showing posts with label Entertainment. Show all posts
Showing posts with label Entertainment. Show all posts

Tuesday, 13 March 2012

SUKAN MPC 2012..Bahagian 2

Assalamualaikum,

Ok..as promise sambungan ke 2..

Pasukan TAKRAW kami..memang havoc time nie..


  
Support team DART

Disebabkan turn x sampai lagi so volunteer jadi cheer lady n hired 1 cheer guy support TAKRAW players..hoho

In Memory..with Rayyan

Rayyan aka Anak Angkat..Rayyan dh pindah Temerloh..Rindunya time pegi shopping bagai..

Kak Za sempat singgah ofis sebelum pindah..rindu time lepak kat umah..gossip2


BFF  

Haha..first time main carrom..new comer..hentam saje lah


Coach Carrom

Akhirnya Imah menang walaupun first time x pandai jentik

Ok..bai.

Friday, 9 March 2012

SUKAN MPC 2012.. Bahagian 1

Assalamualaikum,

Minggu nie Sport Day kat office. So, minggu nie kami relax skit. Ok enjoy the pictas.

Perbarisan..Ada 3 teams..TRANSFORMATION, INNOVATION & PARTNERSHIP



Ibu mengandung yg x boleh involve ape2 game tahun nie. Next year ye Chidot


Cheer Ladies Gentlemen




TRANSFORMATION (blue), INNOVATION (yellow), PARTNERSHIP (purple)

Gossips everywhere..yg depan stay cun

Minum dulu sebelum bertanding

Ok..nie jea dulu..bersambung..

Wednesday, 7 December 2011

Ombak Rinduuuu...

Assalamualaikum,

Wah! dah lama peramkan blog nih..busy sangat n x tau nk citer ape..tapi lately, officemate duk citer pasal movie Ombak Rindu yang tengah duk tayang kat pawagam2 seluruh Malaysia (kot)..apatah lagi hero n heroin nye si Aaron Aziz n Maya Karin yang cun tue..ahh!! I sorang je ke kat dalam bilik nie yang belum p tengok..





Masa mula2 citer tue heboh sana sini akan ditayangkan, otak nie berputar ligat pikir.."macam penah dengar jek tajuk citer nie"..ops! patut pun, novel rupanya..x silap, masa form 5 baca novel nie..masing2 queue ikut turn baca novel tuh..sebenarnya x minat pun baca novel tapi bila kawan2 makin ramai booked novel tue hati nie tiba2 bernafsu jugak nk baca..best sangat ke..erm..bila dh baca.."thumbs up"..best

Novel nie sebenarnya bukan lah yang pertama dibaca..but, first novel almost like this (Ombak Rindu) jalan citernya..cuma dh lupa tajuknya..citer tue buat saya menitiskan air mata buat pertama kalinya..sedih tp ending of course la best..

Kalau x dpt p tengok kat wayang, seperti biasa order aje kat husband to download ini citer..saya pun nk nengok jugak.

Ok. peace.

Tuesday, 25 October 2011

90's

Assalamualaikum,

Sebelum nie dah janji nak citer pasal drama2 yang menjadi kegilaan masa zaman sekolah menengah dulu2..Citer paling bessssssst skali drama bersiri With Love..drama Jepun nie hot masa zaman2 chating tahun 1998 (saye Form 5, nak amik SPM)..so, citer nie berkisar cinta melalui chating antara perkerja bank (heroin) dan komposer lagu terkenal (hero)..



Hero dilakonkan oleh Takenouchi Yutaka sebagai Hasegawa Takashi

Yutaka..Picture taken from FB

dan heroin Tanaka Misato sebagai Murakami Amane

Misato..Picture taken from d-addicts.com



Sedikit summary pasal citer tue;Copy n Paste jek dari website: "It all started when Takashi (Takenouchi), a talented composer who could not write a love song ever since his girlfriend Rina left him suddenly, accidentally sent an uncompleted piece of his latest work to Amane (Tanaka) via email. Deeply touched by his music, Amane wrote back to him, without getting a reply. Amane continued writing to him, pouring out her thoughts. Only when she signed as "Teru Teru Bozu", did Takashi responded with a mail saying "WHO ARE YOU?", because what Rina left him as a farewell gift was a teru teru bozu! .." 


Satu lagi citer yang paling best sesangat "The Cave Of The Golden Rose"..watak Tarabbas paling giler sekali walaupun dia di sumpah menjadi serigala jadian..hansomenyeeee..sedikit plot citer bersiri nie; "An Italian fantasy film series consisting of 5 television movies that were released between 1991 to 1996."

Sekarang citer nie pun ditayangkan semula kat TV 9 setiap hari ahad. Jam x pasti sebab TV 9 kat rumah x clear almaklumlah dh xde ASTRO.


Tarabas
Fantaghiro

Dulu citer nie ditayang waktu bulan puasa..balik dari terawih, terus kejar tengok citer nie..x miss..rasanya masa tue dalam form 3 / form 4..


Nie putera yang sepatutnya akan kawin ngan Fantaghiro


 For more info, boleh surf kat FB..


http://www.facebook.com/pages/The-Cave-of-the-Golden-Rose/39823132699  

Ok..Adios

Tuesday, 18 October 2011

I LOVE late 80's and 90's

Assalamualaikum,

Tak tau nk tulis ape tp tiba2 teringat zaman budak2 dulu..zaman remaja..masa zaman 90's..mungkin sekarang masing2 dh around age 30th..balik kelas agama petang terus serbu TV sebab nk nengok citer superhero..most favourite Suria Perkasa Hitam..beg mengaji pun main campak jek atas kerusi sbb time blk ngaji ngam2 citer dh nak start..terlopong mulut depan TV sebab hero Jepun dia memang handsome..start citer tue lah suka sgt superbike smpai sekarang..

Suria Perkasa Hitam
Kotaro Minami..hero Suria Perkasa Hitam
Gaban

Citer GABAN nie pun follow jugak..lupa citer mane yang tayang dulu..GABAN ke atau Suria Perkasa Hitam..dulu arwah abah memang pantang bukak TV pukul 7 mlm..waktu maghrib katanya..pegi semayang!!!..Gaban..Gaban.!!..mcm tue lah mak akan jerit kalau mengadap TV lagi..


He Man
Citer yang sangat digemari oleh adik laki yg nombor empat..jangan lah tukar chanel lain, nanti dibelasahnya kita..kecuali mak dia takut sbb mak dh prepare ngan rotan..citer nie pun habis time maghrib..dialog mak yg xkan lupa sampai skrg:

Mak: "tutup TV!..dh maghrib..pegi mandi..semayang"..

Adik: "kejap lah..Aja nak tengok He Man"..

Mak: "dah!!..xde She Man..She Man nye"..(sambil hayun rotan tanda amaran)


Maero Attack

Sape2 yang suka main bola tampar, ingat lagi x citer nie..best woo..citer nie pun x miss..ade geng jahat ngan geng baik..Ingat lagi x trademark geng baik nih; “Piring terbang!!” “Sommersoult berpusing”..hehe..best..disebabkan pengaruh TV yg kuat time citer nie tayang lah tetiba kami2 geng kuarters  suka main bola tampar..


Rasanya nie jek lah citer yang masih dalam ingatan sampai skang..rindunya zaman budak2..pasni saya citer pulak drama2 yang saya giler sangat masa zaman remaja..Miss 80's 90's forever and ever..

Ok..adios..

Friday, 29 July 2011

MALAYSIA vs SINGAPORE

Assalamualaikum,

Dah berakhir akhirnya perlawanan antara Malaysia dan Singapore malam semalam..Malaysia tumbang dengan keputusan seri 1 gol..tapi kita tetap kalah sebab Singapore dah sapu habis masa perlawanan di Singapore.

Tapi yang sedih lagi, sampai stadium kami x dapat tempat..bukan kami berdua jea..rasanya beratus/beribu kot yang x dapat tempat..akhirnya kami cuma dapat tengok dari celah dinding..memang x puas tengok perlawanan semalam..berkobar2 datang, akhirnya duk atas simen..bayangkan 2 jam kami berdiri nak tengok game..rasa x berbaloi bayar tiket 30 hinggit..

Untuk tatapan dan kenangan diri sendiri, nie ada 2 keping gambar yang sempat di snap masa game berlangsung..hampa..terkilan..huwaaaaa




Adios

Monday, 18 July 2011

Harimau Malaya vs The Red

Assalamualaikum All,

Sabtu lalu telah merempit bersama Mr. Hubby ke stadium Bukit Jalil menyaksikan perlawanan antara Harimau Malaya, MALAYSIA dan The RED, LIVERPOOL.

Mr. Hubby suggest pegi naik moto sebab xnak hadap jam yg sungguh kritikal kat stadium..sebelum nie kami pernah ke stadium naik keta, sejam setengah stuck kat dalam stadium sahaja..masa kami sampai dlm pukul 5.20 ptg , masih banyak lagi keta yg tersadai kat pintu luar stadium, dan yg paling haru lagi, guard dh x benarkan keta masuk parking kat dalam stadium sbb dh penuh bangat..

Masuk stadium, mak aih, ramai gilerrr..seat level 1 and level 2 mmg dh penuh..terpaksa lah kami menapak naik level 3, itu pun seat 3 dari atas br kami dapat duduk..so, kalau dh duk jauh tu player pun nampak cam semut jek..kira ok la sbb boleh nampak game tactically..

The funny one, supporter mmg ramai yg pakai jersi liverpool, boleh kira ngan jari lah yg pakai jersi Malaysia..tapi diorang tetap sokong dua2 team, bila Liverpool jaringkan gol diorang sorak, bila Malaysia jaringkan gol pun diorang sorak..Mr. Hubby jangan cakap lah..bila Malaysia jaringkan gol macam kena histeria, melompat2 sampai ade budak Cina snap gambar dia..Mr. Hubby penyokong MU, so xde lah dia sokong Liverpool tuh.

Kami tetap bangga ngan Malaysia walaupun kalah ngan Liverpool 3 - 6..lawan ngan kelab gergasi eropah tuh..ingat mudah ke..ape pun kita doakan Malaysia menang menentang Singapore minggu hadapan di Stadium Singapore.










walaupun berjersi Liverpool tapi mereka tetap menyokong Malaysia









Belakang kami tue family mat salleh, mereka juga menyokong team Malaysia. Salah seorang anak mereka berjersi Malaysia.

Thursday, 16 June 2011

ARSENAL LIVERPOOL CHELSEA

Siapa pilihan anda?

Piala FA 2011 baru sahaja berakhir. Bagi menaikkan lagi semangat kesukanan bukan sahaja kepada pemain bola sepak Malaysia sendiri malah kepada peminat2 bola sepak di luar sana. FAM telah mengambil langkah bijak dengan mendedahkan pemain Malaysia dengan rentak bola sepak terkini dan antarabangsa. Tidak salah kan jika kita menjemput pemain antarabangsa terutama kelab2 gah eropah bagi memeriahkan lagi bola sepak Malaysia. Dengan itu FAM (Football Association Malaysia) telah mengatur jadual perlawanan antara MALAYSIA bertemu pasukan ARSENAL, LIVERPOOL dan CHELSEA.


MALAYSIA bertemu......


ARSENAL ASIA TOUR 2011 MALAYSIA

13th July 2011
Stadium Bukit Jalil
8.45 malam


LIVERPOOL ASIA TOUR 2011 MALAYSIA
16th July 2011
Stadium Bukit Jalil
5.45 petang


CHELSEA ASIA TOUR 2011 MALAYSIA

21th July 2011
Stadium Bukit Jalil
8.45 malam


Jangan lepaskan peluang anda untuk bertemu pasukan2 daripada kelab gergasi eropah di Malaysia. Sokong lah pasukan kita,  MALAYSIA!

p/s: cepat pegi beli tiket sebab dah almost sold out..yang tinggal tiket mahal..










Saturday, 11 June 2011

Terengganu vs Kelantan

Malam nie pertembungan perlawanan bola sepak antara Terengganu dan Kelantan..siapa juara malam nie? dua2 team pun kuat..tunggu jea la..awal pagi dah nampak penyokong dua2 negeri kibar bendera masing2 kat tepi highway sekitar PJ dan Subang..menurut pengulas sukan astro ARENA, seawal pagi tadi dah ade penyokong dua2 negeri berkumpul di stadium Bukit Jalil utk menyaksikan perlawanan kedua2 pasukan walaupun game start 9.00 mlm..semangat bola sepak tueee.....penonton dua2 team jangan cakap lah..memang ramai giler..rasanya penuh la satu stadium tue..merah putih jea seat penonton..punya la ramai..

Rasanya dah lama Terengganu x ke final..tup2 tahun nie pecah padang..bertemu pulak ngan jiran sebelah..haii.. bila la turn Pahang pulak..10 minit pertama dah ade player Kelantan dilayangkan kad kuning..and, untuk separuh masa pertama dua2 team masih berbekalkan dengan seri 0 0..tapi yang paling terkilan, biasa lah..penonton..tadi, game terpaksa diberhentikan buat sementara sebab ada mercun dilemparkan ke padang..and then, satu lagi mercun dilemparkan betul2 di tiang gol pasukan Terengganu..so, pada pendapat anda panyokong manakah yang melemparkan mercun itu?..emmm..

hooooooo..utk minit ke 98, x disangka2 Terengganu telah membolos gol Kelantan..itu pun player Kelantan sendiri yang tertanduk bola ke gol sendiri..now, the result is Terengganu 1 Kelantan 1..penyokong Terengganu yg sebentar td putus asa..diam..kini dah mengaum kembali..

hoooooo sekali lagi, pada minit ke 110, Terengganu sekali lagi menjaringkan gol kedua..adakah Terengganu yang akan membawa pulang piala FA 2011?..suasana semakin tegang di luar padang..

Finally, yeayyyyyyyy...Terengganu juara Piala FA 2011..eh!..nape sokong Ganu yea..sebab die jiran kami..hehheh


p/s: handsome sungguh Kapten Terengganu tuh..cair..Marzuki Yusof all of time.

Friday, 10 June 2011

Maharaja Lawak di Kuantan doh..

Minggu lepas Maharaja Lawak bersiaran di Penang..minggu nie Maharaja berangkat bersiaran di Kuantan..hehe..welcome to my hometown..kalau la balik kampung minggu nie, akan ku pujuk suami ku..ramai jugak penonton di Kuantan yg datang..tapi sebenarnya x boleh percaya jugak..hari nie hari jumaat..Terengganu cuti..mungkin orang Terengganu pun sampai..

First group perform kumpulan Jambu..minggu lepas pada hemat DA Jambu kurengg skit..diorang x serius..minggu nie macam best skit la..tue pun sebab kena tegur ngan Ahmad Idham minggu lepas..

DA sebenarnya peminat fanatic JOZAN..x sabar tunggu diorg perform..finally, minggu nie memang best giler..lawak x hengattt...memang superb lah..tapi satu jek..awat zizan pakai suar koyak kat peha..seksi beb..

Vote la JOZAN..diorg the best..hopefully, diorg juara Maharaja Lawak.

Friday, 20 May 2011

Berpaling Dari Jannahmu

semalam Dang Anum tengok drama Berpaling Dari Jannahmu kat ASTRO Prima..best giler..pelakon utama Ogy Ahmad Daud n Nasir Bilal Khan..ha kalau dh 2 org yg brlakon dh tentulah lakonannya mantop..citer nie beri pengajaran pada mak ayah yg ade anak..anak tue kan rezeki tuhan..bila dh tuhan bagi kita kena lah jaga n sayang anak kita betul2..xboleh la kita mengeluh kalu anak tue nakal..ala nakal budak2..

citernye begini,..ogy n nasir nie dh lama kawin tp belum dikurniakan anak lg..kira mereka dh brumur la..si Ogy nie seorang isteri yang trlalu pembersih dn tratur..org kata mmg obses la ngan kebersihan nie..smpai satu hari die akan mop lantai 3 kali..suami die slalu kena marah sbb slalu buat sepah2..ala mcm segelintir suami tue..kalau die amik baju brterabur..pastu kalau dh brterabur tue die biar jek..mcm tue la ngan Ogy..hari2 die bebel psl kebersihan..habuk nie jgn ckp la..abis die tonyoh (cuci) smpai brkilat..
nk dijadikan citer Tuhan makbulkan doa die..die mengandung..anknye tue si Mia Sara..comelll..budak2 tau la diorg kan suka main kaler2..sticker..pastu ajak kwn2 masuk rumah..ape lg mengamuk si Ogy bila kaler2 tue tumpah atas lantai..teruk la si Mia tue kena belasah..smpai Ogy trlepas ckp: "ade anak pun susah, xde anak pun susah"..lepas die belasah si Mia cukup2..mia terus lari kuar ke jalan..kengkawan mesti bole agak kan ape brlaku..Mia kena langgar..smpai hospital Mia dh xde..sedihnye Ogy n Nasir xtrkata la..yea la dh la susah nk dpt anak..dh dpt meninggal pulak..

lepas insiden tue, Ogy jd mcm meroyan..ke hulu ke hilir die bwk baju anak die yg masih ade kesan darah tue..rumah jgn ckp la..langsung die x kemas..si nasir tue pulak yg bersihkan..dh bbrapa lama mcm tue nasir dh naik angin..die pulak bebel kat Ogy..Ogy naik angin terus tampar suami die..suami die cool jek pujuk blk isteri tue..lps tue br la Ogy basuh baju anak die yg ade kesan darah tue..

moral of the story hargailah anak pemberian tuhan pada kita..menjejeh2 jugak la air mata Dang Anum..yea la Dang Anum pun sampai skang masih menanti zuriat darpd Tuhan..tp Dang Anum ngan suami redha jek dgn aturan hidup Dang Anum yg Allah bg.

Sekian.